Jun 18, 2009

(Celebrity News) Ikin Buka Butik Di Festive Mall Danga Bay Johor


6 June lalu, Team Art Creative selaku jurufhoto rasmi perkahwinan Mawi dan Ekin telah dijemput hadir ke perasmian dan pembukaan butik M E World Collections milik Ekin yang dirasmikan sendiri oleh Mawi di Festive Mall, Dangan Bay Johor Bahru.

Butik ini menyediakan pelbagai pakaian dengan corak yang menarik serta esklusif. Iya la kan kalau tidak takde la diorang letak nama World tu even Mawi local je pun. Tak la World mana. Local pun dah suam-suam kuku. Hurmm.

Butik ini diuruskan oleh keluarga Ekin sendiri. Di hari perasmian itu, pengunjung yang berbelanja Rm100 akan mendapat cenderahati dari Mawi iaitu CD dan poster yang ada autograph dari Mawi. Puan Lily dari Johor Bahru telah mencacat rekod sebagai pelanggan pertama bagi butik tersebut. Tapi sayang, tak la sampai tercatat dalam buku Malaysia Book of Record kan? Hehehe.

Mungkin Ekin ingin membuktikan yang dia mampu berniaga menggunakan modal sendiri dan bukan hidup di bawah tanggungan Mawi seperti yang diperkatakan orang ramai. Tapi bagi kami, ianya hanya menggunakan Mawi sebagai pelaris pemasaran. Maklumlah, kalau nak bukak butik, kenapa bukan dari dulu kan Ekin? Tapi mereka pun dah suami isteri, apa salahnya bergantung antara satu sama lain.