Mei 31, 2009
(Gossip) Misha Omar Masuk Mahkamah???
TAK ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba Joyah dikhabarkan dengan berita yang satu ini. Khabarnya sehari dua lagi penyanyi Misha Omar kena masuk mahkamah.
Apa sudah jadi? Siapa yang nak saman artis dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini? Setahu Joyah, Misha tak adalah buat salah. Sebab nak kata dia tak ada lesen memandu, rasanya dia dah ada lama dah.
Daripada sumber yang memberitahu Joyah, bukan Misha yang nak kena saman tapi dia yang nak menyaman. Alamak? Kenapa dik nun? Joyah rasa ini mesti sudah kes besar sebab Misha bukannya orang yang cepat melatah. Jauh sekali marah-marah kecuali dirinya tercabar.
Tak berapa lama dulu, adalah Misha berang dengan seorang blogger yang sedap-sedap menulis memfitnah dirinya.
Walaupun marah dan memberitahu jangan mencabar kesabarannya tapi kes itupun Misha tak ambil tindakan. Tapi daripada sumber yang memberitahu Joyah berkata, Misha mahu ambil tindakan dan menyaman sebuah syarikat penaja.
Tak pastilah Joyah syarikat penaja yang mana satu. Cuma Joyah dengar-dengarlah, khabarnya memang kes ini bukanlah kes baru. Dah makan bertahun tapi baru sekarang nak masuk mahkamah.
Labels:
Artis Malaysia,
Cerita Artis,
gossip,
Konterversi,
Mahkamah,
misha Omar