Mei 31, 2009
(Celebrity News ) Aswad AF5 Kahwin 5 Jun Ini ????
SELEPAS Dekna (pelajar AF5) kahwin tahun lalu, tiba pula giliran Aswad, 29, yang sekarang ni sibuk hantar kad jemputan kahwin dia. Aswad akan bernikah dengan Nor Ilina Mohd. Tahir, 23, pada 5 Jun ini.
Nampaknya dalam bulan Jun ni selain Nana (AF1), Aswad pun nak kahwin juga rupa-rupanya. Majlis nikah akan dibuat di rumah pengantin perempuan di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tarikh tersebut manakala majlis resepsi pula dibuat sehari selepas itu.
kata Aswad dia kenal dengan Ilina kira-kira dua tahun lepas. Ilina kerja sebagai kerani di sebuah syarikat guaman di Butterworth.
Bila dah dua tahun kenal, dia orang pun buat keputusan nak kahwin awal tahun ini. Hantaran kahwin Aswad kepada pihak perempuan ialah RM9,000 manakala mas kahwin pula RM1,001.
“Bukan senang nak buat majlis kahwin. Banyak juga duit yang kena keluar tapi nasib baik pelamin dan baju pengantin ditaja oleh butik Impian Kasih di Butterworth,” kata Aswad.
Dalam masa yang sama Aswad pesan kepada mana-mana rakan-rakan AF yang tak dapat kad jemputan kahwin dia tu boleh datang ke majlis kahwinnya.
Kami
mendoakan
kebahagian Aswad...
Labels:
Akademi Fantasia,
Artis Malaysia,
aswad af5,
Cerita Artis,
Kisah Artis,
Macam-macam,
Sembang,
Weeding