Memaparkan catatan dengan label Dato. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dato. Papar semua catatan

Mac 24, 2011

Tahniah Kepada M.Nasir Kerana Terima Gelaran Dato

Berkat usaha dan penat lelah M.Nasir atau Dato M.Nasir beliau telah dikurniakan gelaran Dato oleh Istana Pahang hari ini. Majlis penganugerahan berlangsung di Pekan Pahang, dan menurut info M.Nasir yang merupakan penyanyi, pelakon dan pencipta lagu yang tidak asing lagi sebelum ini menerima AMK ( Anugerah Mangku Negara).

Tahniah sekali lagi...

Apa kata anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

November 25, 2010

Keputusan dato Siti Nurhaliza Tarik Diri Dari ABPBH 2010

Nampaknya Dato Siti Nurhaliza tidak akan bertanding dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 ( ABPBH 2010.Apa dan kenapa hanya Dato Siti dan orang yang rapat dengan beliau sahaja yang mengetahuinya.Berikut ZoOm sertakan "Statement" Dato Siti apabila ditanya oleh wartawan Murai.

"Bukan mudah bagi Siti untuk ambil keputusan ini. Tapi, Siti dah pun fikir masak-masak dan Siti pun sudah dapat restu daripada ramai pihak terutama sekali dari kalangan peminat Siti yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni Siti.

Februari 03, 2010

(Gambar) Kad Pengenalan Dato Siti Nurhaliza

Sekadar ingin berkongsi dengan anda, ketika Zoom boring membaca setiap blog atau sesawang yang ada di depan "Laptop" akan menjadi "Posting" untuk tatapan anda di Zoomartis.

Gambar kad pengenalan Dato Siti Nurhaliza ini Zoom dapat dari laman web Penguin, mula-mula rasa nak gelak tetapi bila tengok gambar di bawah tu comel juga Dato CT kita masa muda-muda dulu ye...!!

Zoom: Apa kata anda !?



Baca Selanjutnya

Januari 08, 2010

(Gambar) Wajah terbaru Dato Siti Nurhaliza berbaju hijau


Nampak berseri-seri dan ayu dato siti kita ini, walaupun sudah lama bergelar artis namun beliau masih menjaga penampilannya.

Pernahkah kau bermimpi
Seketika Berada di Tempatku...

Itulah bait-bait lagu "Biarlah Rahsia" yang pernah didengdangkan oleh penyanyi no satu di Malaysia di majlis persandingannya dahulu.Bukan sahaja menceritakan suka duka perjalanan mencari cinta sejati, malah ada persoalan yang perlu diungkai terutamanya berkaitan liku-liku perjlaanan kehidupan sebagai anak seni.



Baca Selanjutnya

Bakal meraikan ulangtahun ke 15 dalan dunia seni tanah air ini pada 1 April tentu banyak agenda yang akan beliau atur.Apa pun sama-sama kita tunggu majlis yang akan berlangsung nanti...Apa kata anda mengenai Dato Siti kita ini..!!?

Januari 02, 2010

(Cerita Artis) Siti harap melahirkan anak pada tahun 2010


Kesian kat dato siti kita ni, sampai sekarang belum mempunyai cahaya mata hasil hubungan dengan Dato K. Anak tiri adalah, semuanya sudah dewasa, walaupun sudah menjadi ibu kepada anak-anak Dato K namun zuriat dari darah daging sendiri masih belum beliau kecapi..Jum kita ZoOm kisah Siti nurhaliza yang inginkan anak...!!!



Baca Selanjutnya

Setelah Datuk Siti Nurhaliza mendirikan rumahtangga dengan suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kira-kira tiga tahun lalu, soalan tentang cahaya mata tidak pernah lekang ditanya pada empunya badan. Beliau tidak pula menunjukkan riak bosan, malah penyanyi ini tidak kisah untuk terus 'melayan' soalan-soalan itu yang sering diajukan oleh wartawan mahupun peminat-peminat. Tatkala bertemu dengannya pada sesi latihan konsert Bagaikan Sakti bersama M.Nasir kelmarin, Siti akui impian untuk bergelar ibu masih tersemat kemas di dalam dirinya. Malah, salah satu harapannya menjelang tahun 2010 ialah agar doa itu dimakbulkan tuhan.


"Bila masuknya tahun baru nanti, umur saya pun akan meningkat. Sudah tentu saya akan sentiasa berdoa agar terus dimurahkan rezeki dalam karier serta dikurniakan anak yang memang amat saya nanti-nantikan. Saya tidak nafikan, adakalanya sering terfikir juga tentang anak. Tapi, saya tidak mahu terlalu ambil serius sehingga menjadikan diri saya tertekan. Kalau ada rezeki, adalah. Saya hanya berusaha. Daripada stres memikirkan tentang perkara ini, lebih baik saya buat kerja seperti biasa. Lagipun, saya tidaklah 'terasa' sangat kerana suami pun ada anak-anak...anak-anak saudara pun ramai,"
kata Siti dalam nada ceria.

Disember 30, 2009

(Gambar) Dato Siti Nurhaliza bertudung penuh !!!!


Comelnya Dato Siti Nurhaliza kita ni bertudung penuh, pernah satu ketika Dato Siti bertudung penuh namun sejak akhir-akhir ini beliau hanya hanya menutup sebahagian Auratnya.Tentu peminat diluar sana pastinya akan terpikat dengan kejelitaan Dato Siti, nasib baik la sudah menjadi milik Dato K kalau tak nak juga merisik ( Gurau je ).

Apa kata anda mengenai gambar Dato CT kita bertudung penuh ni !!?



Baca Selanjutnya

Disember 29, 2009

(Gossip) Dato Siti Nurhaliza Menciplak Lagu?


Ini berita terbaru mengenai gossip Dato Siti, cerita ini sudah lama kot sebab jika anda membaca artikel di bawah pasti anda akan mengetahui cerita sebenar.Jum kita ZoOm Gossip terbaru Dato CT kita ni..



Baca Selanjutnya

Siti Nurhaliza bakal kesandung masalah hukum. Dirinya dituduh mencuri lagu berjudul Wanita, yang telah Siti popularkan sejak tahun 2007, ciptaan Mufari. Tuduhan tersebut datang dari Ervil Revylda, warga Jakarta Selatan yang mengaku sebagai pencipta dan pemilik sah lagu Wanita.

Hal ini terungkap setelah Ervil melakukan jumpa pers di Mahakam, Jakarta Selatan, Sabtu 26 Desember. Kepada para pewarta berita, Ervil mengatakan kasus tuduhan mencuri ini telah berlangsung sekitar dua tahun, namun tidak menemukan titik terang hingga akhir Desember 2009. Padahal menurut Ervil, pihaknya melalui ibunya telah melakukan langkah-langkah kekeluargaan tetap tidak di respon secara positif oleh pihak Siti.

“Saya sudah menghubungi manajemen Siti Nurhaliza dan saya juga sudah menelepon penciptanya (Mufari) tapi dia tidak mau tahu dan saya juga sudah bilang agar diselesaikan secara kekeluargaan,” ungkap Ida Soekotjo, ibu Ervil di depan wartawan.

Lebih lanjut, Ida menuturkan, pihaknya sudah cukup sabar menunggu selama dua tahun dan sudah mencoba dengan cara kekeluargaan. Tapi pihak Siti Nurhaliza tidak menunjukkan itikat baik.

Kasus yang sudah berlangsung kurang lebih dua tahun ini ternyata tidak menemukan titik terang. Setelah pihak Ervil melalui ibunya telah melakukan langkah-langkah kekeluargaan tetap tidak di respon secara positif oleh pihak Siti.


"Saya sudah menghubungi manajemen Siti Nurhaliza dan saya juga sudah menelepon penciptanya (Mufari) tapi dia tidak mau tahu dan saya juga sudah bilang agar diselesaikan secara kekeluargaan,”
ungkap Ida Soekotjo yang juga ibu Ervil.


Apa kata anda mengenai gossip ini ?

Oktober 13, 2009

(Gambar) Dato Siti Nurhaliza Dengan Tandatangan PM !!!!

Tidak senang bagi rakyat jelata seperti kita untuk mendapatkan tandatangan orang kenamaan apatah lagi Perdana Menteri. Siti Nurhaliza adalah artis yang dianggap bertuah kerana dapat memiliki tandatangan Datuk Seri Najib...




Baca Selanjutnya

Melalui pembelian buku beliau Menakhoda Zaman, bukan senang nak dapatkan buku ini sebenarnya, Siti Nurhaliza pun bersusah payah berbaris dengan tujuan untuk mendapatkannya.

"Siti memang bersemangat dalam menjayakan 1Malaysia." kata Siti.

Zoom Komen: Yerlah Siti, Kalau kita mana orang-orang VIP2, VVIP,Orang Kenamaan nak nampak..!!! kalau ada pun tentu bodyguard dan orang kenamaan tue baik ..!! Nak dapatkan Tandatangan Siti Pun berpuluh2 tahun nak dapat.Bertuahnyer jadi artis ni..macam2 benda boleh dapat..Apa KOmen anda !!?

September 02, 2009

(Gambar) Datuk Shaheila Abdul Majid Atau Sheila Majid Dan Keluarga


Lama tak dengar cerita Sheila Majid ni..Huh dah besar panjang anak2 Sheila Majid ni..Menurut sumber yang boleh di percayai Sheila Majid dah ada business menjual kuih dalam internet..Ada sapa2 yang tau laman Web Tak ? kalau ada boleh Zoom link kat sini..Shiela pun ada Kedai Pruduk KEcantikan dan yang terbaru di Cawangan Parkson SUnway...kepada sesiapa yang nak mencantikan diri tue pergi la..:P zoom tak nak dah putih and hendsome dah :)

Ogos 23, 2009

(GAMBAR)Siti Nurhaliza Di Konti Suria FM


Dato Siti ni kalau tak pakai make up pun muka nampak comel dan cool je..sedap mata memandang..bertuah dato K dapat siti ni..apa pun korang layan la gambar dato siti di konti Suria FM baru2 ni.

Apa yang Dato’ Siti Nurhaliza buat kat konti radio Suria FM nie? Benda romantik tue. Dato’ Siti berbalas-balas cakap “I Love You” ngan Dato’ K tue. Cakap dalam radio tue. Semua orang pun boleh dengar. Memang very the romantik gitu.

Buat Dato’ Siti dan Dato’ K, kami mengucapkan selamat berpuasa. Mohon maaf kalau ada keterlanjuran bahasa dan kata kepada Dato’ berdua. Jangan lupa berdoa dimurahkan rezeki dan dipercepatkan dapat zuriat di bulan Ramadan nie. Insya-Allah termakbul.



Ogos 14, 2009

(Celebrity News) Siti,Keluarga Syahdu Tanpa "Abah"



Ini keluarga Datuk SIti Nurhaliza menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa arwah bapanya yang kini sudah tiada. Mereka membayangkan suasana syahdu pada hari raya nanti, khususnya apabila terkenangkan gelagat arwah setiap kali menyambut hari raya.

"Memang Siti terasa sayu dan rindukan saat manis bersama awrah abah. Bulan puasa juga banyak kenangan Siti bersama arwah abah," kata Siti kepada wartawan majalah Harmoni edisi istimewa Aidilfitri yang kini sudah ada di pasaran.

Siti bersama ibu, Siti Salmah Bachik, kakak, Saida dan adiknya Saerah menjadi penghias majalah berteraskan isu wanita yang semakin hari semakin hangat di pasaran itu.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kisah Siti dan keluarga jangan lupa dapatkan di pasaran. Edisi istimew setebal 148 mukasurat dijual dengan harga RM7.00.
Selain kisah Siti, ada juga kisah keseronokan pasangan yang baru bergelar suami isteri menyambut hari raya bersama seperti Mawi-Ikin, Darling-Azlin, Catriona-Shaharuddin serta pasangan Yatt-Taib.

"Hari raya tahun ini tentulah Siti rindu nak bersalam dan bermaaf-maafan dengan abah. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan," katanya yang merancang menyambut 1 Syawal di Kuala Lipis tahun ini.
Ibunya juga berharap tahun ini anak-anak dapat berkumpul di kampung menjelang hari raya. Dia berusaha menguatkan semangat walaupun sedih mengenangkan kenangan manis semasa bersama yang kini telah tiada.

Saida pula terkenang gurau senda arwah abahnya kerana dia dan arwah kerap bergurau.
"Abah sendiri gelar Ida `yang goreng' kerana mulut banyak cakap. Ida bersykur sebab abah sempat beri restu untuk Ida menjadi artis," katanya.

Saerah pula meluahkan rasa terkilan sebab abahnya tidak sempat melihat dia berkahwin.
"Bila anak bongsu perempuan abah nak kahwin? Kalau boleh abah nak jadi wali masa Erah kahwin nanti," kata Saerah terkenang kembali kata-kata abahnya.

Kalau nak tahu lebih lanjut cerita keluarga Siti menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, jangan lupa dapatkan majalah Harmoni terbitan Utusan Karya di pasaran.

Ogos 05, 2009

(Celebrity News) Dato Siti Buat Rancangan Memasak Di TV 1 !!


PARA peminat Datuk Siti Nurhaliza sudah terbiasa melihat tangannya memegang mikrofon untuk mengalunkan lagu merdu.
Pernah tak melihat penyanyi kesayangan ramai ini 'bermain' dengan periuk belanga sambil tangannya tangkas memasak pula?
Tak ada lirik lagu yang perlu Siti hafal. Kali ini penyanyi manis ini memberi tips memasak dan resipi masakan.
Lihatlah bagaimana seorang diva berjaya mentransformasikan diridaripada seorang penyanyi kepada chef dalam program masakan, 'CitarasaBersama Datuk Siti Nurhaliza".
Program masakan terbitan Global Station Sdn Bhd sebanyak 15 episoditu bakal menemui penonton sepanjang Ramadan ini iaitu bermula 21 Ogosini setiap Rabu, Khamis dan Jumaat pada jam 11 pagi di saluran TV1.
Berkesempatan melihat set penggambaran program masakan tersebut dikediaman agamnya di Bukit Antarabangsa, terbit rasa kagum terhadapisteri usahawan Datuk Khalid Mohd.
Rupa-rupanya, Siti adalah diva baik di pentas mahupun di dapur!Lebih luar biasa, Siti tidak kekok langsung dan kerja memasak inidikuasainya seperti seorang yang sudah mahir ke dapur .



Mesti Dato K suka erk,Nanti Boleh makan apa2 jer heheehhehehe bertuah Dato K dapat dato CT ni..U all apa Lagi Cari la Wife Yang pandai Masak.. :)

Ogos 01, 2009

(Gambar) Nonis, Dato' Rosman selamat diijiabkabul



Tanggal 31 Julai 2009 menjadi detik bersejarah bagi dramatis, Noniswara Baharudin apabila selamat diijabkabulkan bersama pilihan hati, Dato' Rosman Ridzwan.

Majlis serba ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas waktu Isyak disaksikan keluarga dan rakan terdekat. Dengan sekali lafaz, Nonis sah menjadi milik Dato' Ridzwan.

Mas kahwin sebanyak RM317.00 diberikan sempena tarikh pernikahan. Pernikahan ini menyaksikan sembilan dulang hantaran diberikan sebelah perempuan dengan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki. Walau bagaimanapun, hantaran dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Pertemuan di Kota London tiga tahun lepas membibitkan debaran di hati namun dibiarkan berlalu begitu sahaja. Segalanya bermula hanya selepas pertemuan secara tidak sengaja membuatkan hati ingin mengenali dengan lebih rapat.

Julai 31, 2009

(Celebrity News) Pelakon Noniswara dan Datuk Rosman Kahwin Hari Ini


Padahari ini, pelakon cantik yang berstatus janda, Noniswara Baharudin (39tahun) akan berkahwin dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan(umur: 50 tahun) yang akan berlangsung selepas solat Isyak di MasjidWilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis resepsi akan berlangsung pada1 Ogos pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan berstatus ibutunggal ini mempunyai tiga anak dari perkahwinan pertama. Rosman pulaberstatus duda dan mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu.Majlis perkahwinannya akan berlangsung secara ringkas dan sederhanauntuk meraikan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.


Selamat pengantin baru, Datin! Semoga bahagia dan sejahtera dalam rumahtangga yang aman hingga akhir hayat. Tahniah~!

Julai 30, 2009

(Hot News) Amelina Palsukan Nama Untuk Privicy Dan Barang Rumah Tidak Jadi Di Lelong !!!!

RUMAH SEWA AMELINA !!!!
Konterversi RUMAH SEWA Artis Malaysia Ini semakin Hangat,Yang terbaru Barang Di dalam Rumah Sewa Tidak Jadi Di Lelong..DAn Amelina mengeluarkan Kenyataan di bawah mengenai NAMA Datin...

"Saya tidak pernah menipu, saya hanya ingin mengelirukan beberapa pihak dan mengelakkan sebarang publisiti dibuat tentang saya dan keluarga.

"Kerana itulah saya menggunakan nama Datin Norazlina binti Tan Sri Hj Amir Sharipuddin untuk mengelak orang tahu tentang saya.

"Saya dah lali dengan hidup sebagai selebriti selama ni. Kini sayamahukan privasi dan tidak mahu orang jaja-jaja nama saya lagi,"
kataAmelina yang ditemui ketika kekecohan 'mengosongkan rumah' di KotaKemuning, Shah Alam pagi ini.

Kat Bawah Ini Gambar Amelina DAn Suami ( Dato ) termasuk En Ravi ( Pemilik Rumah ) U alls Layan La Gambar2 Barang Rumah Sewa Amelina DI Angkut Keluar.






Kalau Baca statement mmg panjang berjela...kesian kat Amelina ni...tak sempat nak kuar kan barang...nak kuarkan barang tapi mangga di tukar.....

SEE YOU ....COURT...
Kita Tunggguuuuuuuuuuuu...

Jun 24, 2009

(GOSIP)Umie Aida Dirisik Dato’ Duda Anak 2


Antara pelakon wanita Malaysia termantap di pandangan kami, Umie Aida dikhabarkan bakal menamatkan zaman daranya dengan seorang Dato’ berstatus duda anak 2. Dengar ceritanya Dato’ nie dah 15 tahun menduda.

Erma Fatima, kakak Umie Aida mengesahkan yang memang betul ada Dato’ datang merisik adiknya baru-baru ini. Tapi majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Maklumlah merisik jer bukannya bertunang ataupun menikah.

Apa-apapun tahniah buat Umie Aida. Dah lama rasanya dia single. Elok benarlah kalau betul dirisik. Sudah tiba masanya untuk Umie Aida bergelar isteri. Duda pun dudalah. Yang penting kawin jugak akhirnya. Tak gitu?

Info: Blara

Jun 21, 2009

(GAMBAR)Rozita Che Wan Dan Lelaki Misteri, Dato’ Manakah Ini?



Dialog rekaan antara Rozita Che Wan dan lelaki dalam gambar:-

Lelaki Misteri:- Baper ribu u nak letak hantaran kalau I nak kawin ngan u?
Rozita Che Wan: I tak mintak mahal. Murah jer. Sesuai ngan status I sebagai janda terhangat seantero Malaysia.
Lelaki Misteri: Tak mahal tue berapa? 10K?20K?50K?
Rozita Che Wan:50K jer u berani letak? Paling koman I nak 100K. Tue tak termasuk barang hantaran tau :P
Lelaki Misteri: Ptuih, baik aku try ngorat Kak Jijah. Free-free jer leh pegang-pegang. Kalau Zafrul leh takkan aku tak leh kot.
Rozita Che Wan: I punya lagi mantap tau dari Azizah Mahzan. Sekali tengok pun dah tau. Abis majlis I bagi u try pegang. Tapi bayar 10K sekali pegang.

Persoalannya siapakah lelaki misteri di dalam gambar di atas? Adakah ini Dato’ yang dikatakan sudah mengahwini Rozita secara senyap-senyap? Jawapannya…. Kita tunggu selepas ini.

Jun 19, 2009

(Gossip) S Atan, Pulangkan Rm83 Ribu Kak Pah


Ini pula keluhan daripada Sharifah Aini yang tidak berpuas hati dengan hasil kerja S Atan, lalu meminta S Atan memulang’kan kembali RM83 ribu yang telah di’laburkan terlebih dahulu. Sharifah Aini menyifatkan S Atan sebagai penipu kerana melaksana’kan kerja dengan tidak mengikut piawaian yang telah di’tetapkan.

Kata Sharifah Aini lagi, hasil rakaman master tape oleh S Atan lebih teruk kualiti’nya berbanding karaoke (Wow, teruk sangat ni). Sharifah Aini mengharap’kan album yang berkualiti sebagai hadiah buat peminat, tapi ada orang cakap harap’kan pagar, pagar makan padi. S Atan mengkhianati Sharifah Aini dengan menghasil’kan master tape yang tidak bersesuaian dengan harga yang di’bayar.

S Atan menjanji’kan master tape tersebut di’rakam dengan mengguna’kan instrumen asli, namun beliau hanya mengguna’kan music programming.

Macam-macam cerita Artis Kita Ni yerkk, Dari Kisah kehidupan berkeluarga,Penceraian,Kawan Makan KAwan,Khalwat.. No Comment..Korang Jer la Comment k

Jun 13, 2009

(Video) Aksi Kejar Michelle & Datuk, Gossip Cinta Haleeda



Dari apa yang kami faham, Michelle telah di’hubungi oleh isteri Shah untuk menerjah Haleeda & suami’nya. Sebelum itu, isteri shah & Dato’ (ex-Haleeda) menyerang Haleeda & Shah di’kawasan pengambaran sehingga kes ini di’bawa ke balai. Menurut isteri Shah, kalau Haleeda tiada, perangai Shah baik sahaja. Namun, kalau Haleeda ada, Shah akan cepat marah, berang & selalu memukul diri’nya. Di’sebabkan perkara ini, isteri Shah berasa tidak puas hati & mengadu kepada Michelle. Biasa’lah kan, Michelle ni memang muka tak malu, selamba je sergah-sergah orang.ta

Kenyataan tidak cover dari Haleeda mengenai Dato’ yang masih tidak mahu melepas’kan’nya walaupun sudah lama bercinta. Sekarang ini, Dato’ ini pun agak bengang sebab sudah lama bercinta dengan Haleeda, namun hubungan mereka tidak kemana. Walaupun sudah berakhir, Dato’ itu masih lagi mencari Haleeda.

Hari Ini Dalam Metro, Haleeda dan Syah Menyatakan mereka hanya Teman Sekerja..Aksi Terjah Menterjah ini berlaku kerana Hasutan Dato Tersebut.

Kebenaran akan terbukti dengan pengakuan Isteri Syah...Kita Tunggu Dan Lihat jer...Kita Kat Paparazi Blogger Jer :P

APa Pun Syah Nasihatkan la isteri anda yerkk...Banyak bersabar dan fahamilah kerja anda sebagai anak seni.. Tu pandangan Zoom Admin jer..Apa Pun Layan La Video ni..

Zahssss...Esok Sure Kuar Melody :P

Info: Bulan