Julai 31, 2009

(Celebrity News) Pelakon Noniswara dan Datuk Rosman Kahwin Hari Ini


Padahari ini, pelakon cantik yang berstatus janda, Noniswara Baharudin (39tahun) akan berkahwin dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan(umur: 50 tahun) yang akan berlangsung selepas solat Isyak di MasjidWilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis resepsi akan berlangsung pada1 Ogos pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan berstatus ibutunggal ini mempunyai tiga anak dari perkahwinan pertama. Rosman pulaberstatus duda dan mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu.Majlis perkahwinannya akan berlangsung secara ringkas dan sederhanauntuk meraikan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.


Selamat pengantin baru, Datin! Semoga bahagia dan sejahtera dalam rumahtangga yang aman hingga akhir hayat. Tahniah~!