Julai 31, 2009

(Anak Wayang) Siapa Juara Sulung Program Ini ?


DEBARAN Hafiz (kiri) dan Hairi (tengah) ketika menanti keputusan diumumkan ke peringkat akhir

Kini, kemuncaknya telah tiba. Hanya dua peserta iaitu Mohd Hairi Safwan Aznan atau lebih dikenali sebagai Hairi, 21, dan Hafiz Halim atau Hafiz, 21, akan mencuba nasib mereka.
Mereka bakal berentap di pentas akhir Anak Wayang yang bakal berlangsung di Dewan B, Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada pukul 10 malam ini.

Episod akhir (episod ke 50) siri Kerana Cintamu bakal disiarkan pada pukul 9 malam pada hari yang sama di Astro Prima.
Baik Hairi mahupun Hafiz kedua-duanya mempunyai bakat dan kelebihan tersendiri yang melayakkan mereka bergelar juara.

Hadiah-hadiah yang bakal dibawa pulang oleh juara Anak Wayang termasuklah sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, wang tunai RM10,000, tawaran berlakon 60 siri drama di Astro.

Juara turut menerima dua tiket penerbangan ke Los Angeles, kamera Canon model FS21, rawatan kecantikan di Aster Spring selama setahun serta trofi.

Manakala naib juara pula bakal menerima wang tunai RM5,000, TV LCD 42 inci, kamera Canon model DC420 serta trofi.

Pertandingan akhir ditentukan 100 peratus undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton.

U alls Rasa-rasa la siapa yang bakal Juara Program Realiti (Anak WAyang)..Zoom Kesian Kat Naib Juara jauh giler Kereta dan TV :P nak buat macam mana Dah bukan juara..