April 19, 2011

Hati Neelofa atau Lofa Dewi Remaja Sudah Dimiliki !!

Gadis kacukan Melayu dan Pakistan Arab yang bernama Noor Neelofa Mohd Noor atau nama artis beliau Lofa kini sedang mencipta nama dipersada seni tanah air. Artis ini bermula sebagai peserta Dewi Remaja sama dengan pelakon Sacha Al-Yahya dan Rebecca Nur Islam namun diawal kemunculannya sudah menimbulkan gossip panas yang menghantui beliau.

Kisahnya bermula ketika penggambaran di Paris yang mengaitkan 'Cinta Lokasi' beliau dengan HERO filem Azura 2011 yakni Shah Jazle sehingga menyebabkan hubungan beliau dengan Maria Farida putus sekembalinya daripada Paris.

Namun ini jawapan terbaru beliau ketika ditanya oleh wartawan :



 “Saya tak kisah apa orang mahu kata dan anggap mengenai kontroversi itu. Apa yang pasti, saya bukan ‘orang ketiga’ dalam hubungan mereka. Hati saya sudah dimiliki seseorang yang istimewa. Kami seusia dan dia juga bukanlah golongan orang seni.



Berikut Biodata Beliau :

NAMA PENUH: Noor Neelofa Mohd Noor
TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989
USIA: 22 tahun
ASAL: Pasir Mas, Kelantan
KARIER: Pelakon, pengacara dan model
KELUARGA: Anak ketiga daripada sembilan beradik
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Pakistan-Arab)
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda, Perniagaan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor (tahun kedua)
PENCAPAIAN: Juara Dewi Remaja 2010
IKLAN TV: Antaranya Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree
KLIP VIDEO: Kau Bukan Aku nyanyian kumpulan Tilu
DRAMA: Kasih Najihah (TV9)
FILEM: Azura (versi baru)
PENGACARAAN: Paparazzi terbitan KRU Studios, boleh diikuti menerusi www.tonton.com.my
ARTIS NAUNGAN: KRU Studios selama setahun

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!