Mei 30, 2009

(Celebrity News ) Julia Hana Sedia Pindah Ke Belanda


Selepas insiden tarik rambut dengan wanita bergelar datin di sebuah pusat beli-belah terkemuka dua tahun lalu, bintang yang mencipta nama menerusi watak bohsia dalam filem Remp-It, Julia Hana, 31, seolah-olah menyepikan diri daripada bidang lakonan.

"Saya lebih suka mendiamkan diri dan bersikap 'low profile', sekali gus meredakan kontroversi berkenaan.

"Secara peribadi saya berasa kecil hati dengan berita yang dilaporkan berhubung insiden berkenaan. Sebab itu, saya mendiamkan diri supaya orang melupakan terus cerita yang meninggalkan kesan dalam hidup saya itu.

"Nampaknya, kontroversi itu tidak berhenti setakat itu saja kerana ada pihak menjaja cerita yang saya sudah pun berkahwin sekarang dan ternyata orang masih tidak lupa cerita kontroversi berkenaan lagi.

"Saya memang tidak ingin memanjangkan cerita itu lagi kerana bagi saya perkara itu sudah pun berlalu. Sekalipun ia cerita yang pahit untuk dikenang, tetapi saya terpaksa menelannya juga.

"Sebenarnya, saya memang tidak ingin dikaitkan dengan cerita itu lagi.

"Terus terang, saya juga masih belum berkahwin seperti yang digosipkan itu," katanya.

Jika nak diikutkan, kata Julia atau nama sebenarnya, Julia Hana Kamarudin bekas anggota kumpulan Expose ini, dia sudah pun bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya.

"Maklumlah dalam usia mencecah awal 30-an, sudah sewajarnya saya berkahwin dan membina keluarga sendiri. Malah, emak juga sudah sering bertanya bila saya nak kahwin.

Kesian Jugakkk si Julia Hana ni...nak membawa diri gi Belanda...apa Pun Good Luck...