Ogos 05, 2009

(Celebrity News) Dato Siti Buat Rancangan Memasak Di TV 1 !!


PARA peminat Datuk Siti Nurhaliza sudah terbiasa melihat tangannya memegang mikrofon untuk mengalunkan lagu merdu.
Pernah tak melihat penyanyi kesayangan ramai ini 'bermain' dengan periuk belanga sambil tangannya tangkas memasak pula?
Tak ada lirik lagu yang perlu Siti hafal. Kali ini penyanyi manis ini memberi tips memasak dan resipi masakan.
Lihatlah bagaimana seorang diva berjaya mentransformasikan diridaripada seorang penyanyi kepada chef dalam program masakan, 'CitarasaBersama Datuk Siti Nurhaliza".
Program masakan terbitan Global Station Sdn Bhd sebanyak 15 episoditu bakal menemui penonton sepanjang Ramadan ini iaitu bermula 21 Ogosini setiap Rabu, Khamis dan Jumaat pada jam 11 pagi di saluran TV1.
Berkesempatan melihat set penggambaran program masakan tersebut dikediaman agamnya di Bukit Antarabangsa, terbit rasa kagum terhadapisteri usahawan Datuk Khalid Mohd.
Rupa-rupanya, Siti adalah diva baik di pentas mahupun di dapur!Lebih luar biasa, Siti tidak kekok langsung dan kerja memasak inidikuasainya seperti seorang yang sudah mahir ke dapur .



Mesti Dato K suka erk,Nanti Boleh makan apa2 jer heheehhehehe bertuah Dato K dapat dato CT ni..U all apa Lagi Cari la Wife Yang pandai Masak.. :)