November 28, 2009

(Cerita Artis)Faizal Tahir harap dapat buat persembahan di AJL 24 !!



Peminat Faizal Tahir nampaknya boleh menarik nafas lega. Faizal sudahpun keluar hospital sejak 21 November lalu yang sebelum ini disahkan paru-parunya mengalami jangkitan kuman yang dikatakan pada tahap awal, namun berita baiknya, dia tidak lagi batuk darah dan tiada sebarang kerosakan pada organ dalamannya.



Baca Selanjutnya

Meskipun begitu, paru-parunya masih lemah dan dinasihati doktor untuk kurang bercakap dan banyak berehat. Sebagai rawatannya, dia perlu banyak mengambil ubat termasuk antibiotik dan ubat penahan sakit, dan berjumpa doktor sekali seminggu. Apabila dapat dipastikan kesemua kuman telah dihapuskan - Faizal tidak pasti bila - dia akan memulakan rawatan fisioterapi untuk pernafasan kerana pernafasan yang betul adalah kriteria penting bagi seseorang penyanyi".

Bila ditanya tentang kebarangkalian dia akan membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) pada 10 Januari depan, Faizal hanya mampu berharap. Jelasnya, andai kata kuman-kuman itu dapat dihapuskan sebelum AJL24, dia masih memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Apa kata anda ?