Memaparkan catatan dengan label gambar proton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar proton. Papar semua catatan

Disember 06, 2010

Gambar Kereta Proton di Kuala Lumpur International Motor Show 2010

Wow.....Superb !!! memang menakjubkan kalau betullah gambar ini kereta Proton yang akan dipamerkan semasa Kuala Lumpur International Motor Show 2010 nanti. Sekali pandang sudah pasti ramai yang akan tertunggu-tunggu akan ketibaan hari Motor 2010 nanti.


Berikut gambar yang ZoOm dapat dari laman forum ni mengenai jenis dan gambar kereta..tapi tak taulah nama kereta apa sebab yang ada hanya nama di no Flat je...saksikan dan komenlah..
 Lagi Gambar Kereta dibawah

Disember 03, 2010

Kereta elektrik Proton pertama dilancarkan

2010/12/01KUALA LUMPUR: Kereta elektrik pertama Malaysia mulai terbentuk dengan siapnya prototaip kenderaan itu berdasarkan model Proton Saga terbaru.

Prototaip yang dilancarkan buat pertama kalinya hari ini, dibina dengan kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Proton, pembuat kereta nasional.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata prototaip itu memberikan mereka keyakinan untuk membuat kenderaan elektrik yang lebih baik dan berharap ia akan dikeluarkan secara besar-besaran tidak lama lagi. 
"Peringkat pertama pengesahan produk secara menyeluruh telah siap. Ini memberikan kami banyak keyakinan yang sistem itu akan berjaya digunakan sebagai sebuah kereta.