Memaparkan catatan dengan label Proton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Proton. Papar semua catatan

Februari 22, 2012

Gambar Proton P3-21A | Ciri-Ciri Proton P3-21A

Maklumat lebih lengkap Proton P3-21A kini sudah didedahkan untuk kita semua mendapatkan gambaran sebenar apa yang ditawarkan Proton melalui produk terbaru dan terhangat ini. Menurut sumber dari blog Proton-Sales, Proton P3-21A boleh dikatakan mempunyai pelbagai ciri-ciri terkini serba lengkap, sama ada kelengkapan aksesori, utiliti, mahu pun ciri-ciri keselamatan bertaraf tinggi. Maklumat selanjutnya adalah seperti di bawah;
ACCESSORIES:
  1. Auto fold/unfold side mirror - Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD
  2. Auto Off Rear Demister - Mengelakan tint menggelembung
  3. Follow Home Lamp
  4. Headlamp Warning Buzzer
  5. Trunk Remote Release
  6. Front & Rear Socket 12V - Terdapat di bahagian hadapan dan belakang
  7. Utility Hook - Terdapat pada ruang penumpang hadapan seperti Exora, dan juga di ruang belakang pada area ‘pilar B’

Februari 02, 2012

Satria Neo Baru - Proton Artiga

Satria Neo Baru – Proton Artiga (4 Gambar) | Proton mempamerkan model konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga pernah dipamerkan di Pameran motor Shanghai tahun lepas adalah hasil kerja dengan Youngman di China. Proton Artiga ni rupa-rupanya seakan-akan Proton Satria Neo.

 Dengan bodykit yang lebar dan rim yang besar, nampak kereta ini secara keseluruhan lebih garang. Lampu depan yang direka semula juga sepadan dengan rekaan gril dan bumper depan. Jom kita tengok gambar menarik Proton Artiga baru ni.

Berita terkini tentang Satria Neo – Proton Satria Neo juga telah secara rasmi dijual di Jepun sebagai kereta rali oleh syarikat Carosser, pemilik jenama tuning rali Cusco untuk peminat rali di Jepun. Satria Neo mula menjadi sebutan apabila berjaya memenangi kategori pemandu dan pengeluar pada kejohanana rali APRC dan kini bertanding di kejohanan rali dunia (WRC) pusingan pertama di Monte Carlo. 

Lagi Gambar di bawah :

Disember 03, 2010

Kereta elektrik Proton pertama dilancarkan

2010/12/01KUALA LUMPUR: Kereta elektrik pertama Malaysia mulai terbentuk dengan siapnya prototaip kenderaan itu berdasarkan model Proton Saga terbaru.

Prototaip yang dilancarkan buat pertama kalinya hari ini, dibina dengan kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Proton, pembuat kereta nasional.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata prototaip itu memberikan mereka keyakinan untuk membuat kenderaan elektrik yang lebih baik dan berharap ia akan dikeluarkan secara besar-besaran tidak lama lagi. 
"Peringkat pertama pengesahan produk secara menyeluruh telah siap. Ini memberikan kami banyak keyakinan yang sistem itu akan berjaya digunakan sebagai sebuah kereta.

Oktober 18, 2010

Flyer, Harga, Gambar Proton Inspira

Proton Inspira iaitu model terbaru keluaran proton bagi menggantikan model Waja. Sebelum ini model Proton Inspira lebih dikenali dengan nama Waja Lancer kerana model Proton Inspira di rebadge dari model Mitsubishi Lancer.

Harga Proton Ins