Satu lagi program realiti yang diberi nama Ustazah Pilihan dan akan menemui anda bermula 1 oktober 2011, idea menerbitkan program ini timbul hasil daripada pemerhatian program Imam Muda yang berjaya menarik perhatian penonton.
Bagi yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah, dijemput hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan seperti berikut dari pukul 8 pagi hingga 5 petang:
9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah
15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu
23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.
30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur
Sesi ujian dan temu duga terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.
Bagi yang berminat perlu membawa salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.
