Julai 17, 2011

Program Ustazah Pilihan Di Astro Oasis



Satu lagi program realiti yang diberi nama Ustazah Pilihan dan akan menemui anda bermula 1 oktober 2011, idea menerbitkan program ini timbul hasil daripada pemerhatian program Imam Muda yang berjaya menarik perhatian penonton. 
Bagi yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah, dijemput hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan seperti berikut dari pukul 8 pagi hingga 5 petang:
9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah
15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu
23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.
30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur
Sesi ujian dan temu duga terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.
Bagi yang berminat perlu membawa salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.


Dan aktiviti yang akan perlu dilalui peserta ialah :
1. Kesemua peserta akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu berlandaskan format kitaran kehidupan.
2. Format ini meliputi tugasan-tugasan yang akan mereka lalui berdasarkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekatan yang akan digunakan adalah relevan dengan realiti wanita di zaman moden,” tuturnya.
3. Dari segi pemarkahan, mereka akan dipecahkan kepada dua kumpulan dan akan dibimbing oleh para Mursyidah (mentor) yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).
4. Markah akan diberikan kepada kumpulan dan individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang dilaksanakan setiap minggu.
Info : Mstar Online


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!