Memaparkan catatan dengan label Playboy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Playboy. Papar semua catatan

Disember 27, 2010

Gambar Bogel Pamela Anderson Menyebabkan Dia Muntah !!!

Iskkk Iskkk Artis simbol Tuttt Hollywood ini mungkin sudah tak kisah jika satu dunia melihat tubuh badannya. Bak kata pepatah " Ala bisa tegal biasa" :) Entah betul ke pepatah ni, tapi yang pasi dunia Hollywood memang penuh dengan keberanian. Ikuti cerita mengenai Pamela original dari Hollywood ni mengenai kisah lamanya.



Waktu itu saya bingung dengan situasi itu kerana pertama kali melakukannya. Sebelum itu saya meminta izin dari ibu dan dia mengizinkan saya bergambar untuk majalahPlayboy tersebut.
“Saya malu sehingga mahu muntah. Segulung filem pertama dibuang begitu sahaja kerana tiada satu pun gambar yang baik kerana saya asyik menangis dengan perbuatan tersebut,” ujarnya menceritakan pengalaman pertama bergambar bogel.

Disember 31, 2009

(Gossip) Luahan Badul yang pernah di label Playboy !!!



Sebelum ini heboh kisah artis ini dengan perempuan lain sedangkan beliau masih mempunyai isteri yang sah, malahan kes beliau di tangkap basah membuatkan kisah beliau semakin sensasi di mata masyarakat Malaysia amnya.Malahan gelaran 'Playboy' ketika itu menjadi gelaran beliau semasa gossip hangat melanda kehidupan beliau sebagai anak seni di Malaysia. Mari kita ZoOm luahan artis ini mengenai kisah hidup beliau semasa digelar "Playboy" dan sekarang.



Baca Selanjutnya

"Terus-terang saya katakan, saya dan isteri masih seperti dulu. Benar, pernah ada kes sebelum ini, tapi kami telah selesaikan dengan baik melalui perbincangan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

"Pada saya, itu cerita lama. Apa yang penting sekarang, kehidupan saya dan isteri seperti biasa saja. Kami masih tinggal sebumbung dan masih bahagia.

"Semua cerita mengenai khalwat dan pukul isteri itu hanya dibesar-besarkan. Hakikatnya, ia tidak seteruk yang dikhabarkan.

"Saya dan isteri tahu perkara sebenar. Sebab itulah, kehidupan kami masih bahagia hingga hari ini biarpun ramai di luar sana yang berpandangan serong pada saya.

"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, isteri saya tahu apa yang saya lakukan. Itu lebih utama buat saya.

"Banyak perkara yang saya pelajari daripada kesilapan yang lalu. Mujurlah isteri amat memahami dan terima saya seadanya,
" katanya.

Zoom: Semoga pengalaman lalu mengajar Abang Bad kita ini erti sebuah pengorbanan seorang isteri yang masih setiap walaupun terpaksa mendengar suara-suara sumbang.Zoom tabik spring dekat isteri bad kerana masih menerima si suami walaupun pahit untuk dikenang.


Apa Kata Anda ?


Oktober 12, 2009

(Gossip Hollywood) Nelly Furtado ingin berbogel dalam Playboy pada usia 40 !!!


NELLY Furtado meminta orang kuat majalah Playboy, Hugh Hefner supaya memberi tawaran lumayan untuknya beraksi bogel ketika dia mencecah usia 40 tahun.

Furtado, 31, pernah ditawarkan jumlah wang yang besar untuk berbogel di awal kariernya dulu, tetapi dia amat risau tindakan itu akan mencemarkan peluangnya untuk terus berjaya dalam bidang seni.



Baca Selanjutnya

Namun, memandangkan semakin berusia, penyanyi itu rasa lebih berkeyakinan dengan rupa paras dan kariernya dan disebabkan itu, dia ingin Hefner untuk memberi semula tawaran baru.

"Majalah itu pernah ingin menawarkan $500,000, tetapi saya tidak mahu Playboy berada di dalam resume saya pada usia 22 tahun. Jika mereka tanya ketika saya berusia 40 tahun, saya mungkin akan bersetuju," katanya.