Memaparkan catatan dengan label Imam Muda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Imam Muda. Papar semua catatan

Mac 13, 2012

Akhil Hayy Pengacara Imam Muda 3

Dengar khabar Akhil Hayy akan menjadi pengacara Imam Muda 3 nanti, berita ini ZoOM jumpa di laman forum yang bercerita mengenai suami Waheda akan memikul tugas sebagai pengacara program berunsurkan agama (Imam Muda).

Ia hanyalah cerita dan omong-omong kosong tetapi jika betul pun apa salahnya dan sama-sama kita nantikan kehadiran program Imam Muda 3 yang akan menemui anda tidak lama lagi.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Jun 22, 2011

Ustaz Dzul @ Dzulkarnain Hamzah Pengacara Imam Muda Kemalangan

Berita ini ZoOm baru terbaca di akhbar online Mstar pagi ni, kemalangan berlaku di lebuhraya di Sepang pada pukul 2.30 sabtu lalu ketika dalam perjalanan ke Port Dikson, Negeri Sembilan untuk menyampaikan ceramah.

Kereta BMW beliau bertembung dengan lori yang membawa muatan kelapa sawit yang masuk ke laluan kanan tanpa memerhati keadaan selamat atau tidak ( Menurut Info tau )...

Beliau menerima 12 jahitan pada lutut serta 8 jahitan pada mulut tetapi selepas X-Ray tidak ada kecederaan dalaman didapati.

Dan untuk makluman anda Fahrin Ahmad akan menggantikan buat sementara Ustaz Dzul sebagai pengacara program Imam Muda.

Semoga beliau kembali sihat dan mengacara program Imam Muda semula.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

April 19, 2011

IMAM MUDA MUSIM KEDUA | CALON-CALON MUSIM KEDUA

Sepuluh Calon rancangan IMAM MUDA musim kedua tekah diumumkan semalam. Mereka terdiri daripada dua orang pelajar dari luar Negara iaitu Mujahid Suhaimi, 20 Pelajar dari Singapura dan juga bekas ahli Gimnastik dan Zulfadli Awang 24 seorang Pegawai Masjid dari Brunei.

Peserta-peserta lain pula adalah Ali Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah-guru Kafa), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak-pensyarah), Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (Johor-guru besar), Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan-guru tarannum), Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27, (Terengganu-imam), Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur-mahasiswa), Mohd Azlan Zulkarnain, 25, (Kuala Lumpur-jurutera) dan Abdul Fattah Riddzwan, 21, (Negeri Sembilan-fasilitator).

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Julai 31, 2010

Muhammad Asyraf Juara Imam Muda

Inilah juara program Imam Muda musim pertama Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26. Peserta berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu mengalahkan pesaing terdekatnya, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27. Juara sulung Imam Muda itu menerima biasiswa pakej pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah.

Beliau juga ditawarkan jawatan Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta Proton Exora.
Bukan itu sahaja, Asyraf juga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.
Di samping itu dia turut mendapat pakej menunaikan haji dan umrah serta pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, perabot jati bernilai RM10,000 dan pakej SPA Maghribi.


Zoom: Tahniah !!!

Jun 01, 2010

Senarai dan Gambar Peserta Imam Muda Astro Oasis

Senarai Peserta Program TV – Imam Muda



Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah Amiril Md. Banin, 25, Kuala Lumpur; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor