Memaparkan catatan dengan label Imam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Imam. Papar semua catatan

April 19, 2011

IMAM MUDA MUSIM KEDUA | CALON-CALON MUSIM KEDUA

Sepuluh Calon rancangan IMAM MUDA musim kedua tekah diumumkan semalam. Mereka terdiri daripada dua orang pelajar dari luar Negara iaitu Mujahid Suhaimi, 20 Pelajar dari Singapura dan juga bekas ahli Gimnastik dan Zulfadli Awang 24 seorang Pegawai Masjid dari Brunei.

Peserta-peserta lain pula adalah Ali Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah-guru Kafa), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak-pensyarah), Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (Johor-guru besar), Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan-guru tarannum), Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27, (Terengganu-imam), Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur-mahasiswa), Mohd Azlan Zulkarnain, 25, (Kuala Lumpur-jurutera) dan Abdul Fattah Riddzwan, 21, (Negeri Sembilan-fasilitator).

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Mac 18, 2010

Imam Muda Astro Akan Ditawar Jawatan Imam Masjid WP

Alhamdulillah ini lah yang dinamakan rezeki ada dimana-mana tak kira apa jua program yang Astro jalankan pastinya ada kebaikan.Tak semua yang Astro buat mendatangkan keburukan kepada masyarakat dan peserta,

Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.
Individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.
Bakal imam-imam muda ini akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.
Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.
Apa kata anda mengenai rancangan Imam Muda di Astro ini !?