Memaparkan catatan dengan label Diddy Hirdy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diddy Hirdy. Papar semua catatan

Disember 06, 2010

Didiy Hirdy Bakal Menimang Anak Tak Lama Lagi

Alhamdulillah artis bernama Didiy tidak lama lagi akan menimang anak sulungnya pada januari tahun depan. Artis keluaran Akademi Fantasia ini yang telah berkahwin dengan isterinya Allen Nor Azah Musa dikatakan telah hamil 8 bulan. Berikut "statement" Didiy ditermuramah oleh wartawan Mstar baru-baru ini.



Setakat ini, Diddy telah mempunyai nama untuk bayi sulungnya namun mahu merahsiakan sehingga anaknya itu dilahirkan.

Jun 19, 2010

Gambar Perkahwinan Diddy AF dan Isteri Tersayang

Perkahwinan yang baru  4 bulan sudah macam bertahun Diddy ni berkahwin, sudah lama kita tidak mendengar khabar berita dari beliau terutamanya selepas mendirikan rumahtangga Februari lalu.


Diddy yang diijab kabul pada 6 Februari lalu dengan pasangaannya Allen Nor Azah Musa setelah empat tahun bertunang mengakui kehidupannya lebih terurus berbanding dahulu.


"Biarpun kami sudah kawan lebih 10 tahun tapi ikatan yang sah ini benar-benar membuatkan hidup saya kini lebih terisi. Kami sedang menjalani kehidupan rumah tangga yang lama kami rancangkan.


"Rutin harian saya juga berbeza berbanding ketika bujang dahulu. Selepas berkahwin saya banyak menghabiskan masa di rumah berbanding berada di luar.
"Dari segi urusan pakaian, makan, perbelanjaan kini lebih terurus dan teratur," jelas anak jati Johor ini.

Februari 06, 2010

(Artis Malaysia) Gambar perkahwinan Diddy Akademi Fantasia

Setelah Empat tahun menanti hari bahagia, akhirnya insan bernama DIddy 25, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Allen Nor Azah Musa di Masjid Pasir Putih, Pasir Gudang Johor hari ini

Mari kita baca luahan artis kelahiran Akademi Fantasia ini selepas bergelar seorang suami...



Baca Selanjutnya

"Alhamdulillah, saya bersyukur penantian selama empat tahun kini berakhir dengan satu ikatan. Kami berasa lega kerana sebahagian dari perjalanan majlis kini sudah selesai.

"Tinggal malam ini ada majlis berinai dan esok majlis persandingan. Saya berharap semuanya akan berjalan lancar,"
ujar Diddy dengan nada gembira.

Sementara itu perkahwinan bagi pihak lelaki dengan bertemakan "Perkahwinan Dalam Taman" akan ditetapkan kemudian.
Zoom: Kalau anda pergi, Ambillah gambar dan "Share" lah dengan pembaca di Zoomartis..Apa kata anda ?

September 17, 2009

(Celebrity News) Al-Fatihah Kepada Ayahanda Diddy Hirdy


Takziah kepada Diddy Hirdy dan family di atas pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah selepas maghrib sebentar tadi (16-09-2009). semoga roh ayahnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....al-fatihah.