Memaparkan catatan dengan label Brian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Brian. Papar semua catatan

Oktober 21, 2010

Gambar Anak Nana XFM Dan Brian

Gambar Bahagia Nana Dan Suami Tersayang

Suami Nana iaitu Mohamed Raqeem Brian Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Brian pasti gembira apabila mendapat tahu berita ini. Nana juga tak lokek berkongsi perasaannya di dalam blog itu. Iyalah benda baik buat apa nak disembunyikan. Nana dah hamil ni kan kenelah kurangkan aktiviti yg lasak-lasak.
Kami di Zoomartis mengucapkan tahniah kepada Nana dan Brian sekeluarga. Semoga kehadiran anak pertama ini memberi sinar kepada keluarga Nana dan Brian.

Jun 08, 2009

(Celebrity News) Perkahwinan Nana dan Brian

HI all..So ni jer la Gambar PErkahwinan Nana Yang Sempat Saya Upload pagi ni..Kalau Free NNt I Upload Lagi K..Zahssssss watchaaaaaaaaa

PERKAHWINAN penyampai radio ERA, Nurhana Che Mahazan atau Nana dan pasangannya, Mohd Raqeem Brian berlangsung dengan begitu meriah Sabtu lalu.

Bertempat di kediaman ibu bapa Nana di Persiaran Bahagia, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor, percintaan yang dianyam hampir tiga tahun itu diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Meskipun Brian berketurunan India-Cina dan berbeza agama pada awal perkenalan mereka, itu bukannya halangan buat pasangan kekasih itu bersatu.

Layan La Dulu Gambar-Gambar Kat Bawah NI yerkkk..


Aiks Abang Aznil Pun ada :P





Mereka berdua yang ditunangkan terlebih dahulu pada pukul 9.30 pagi dinikahkan oleh Iman Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar, Azman Moomin dengan mas kahwin RM22.50.

Walaupun dengan dua kali lafaz, Brian bersyukur kerana semuanya berjalan seperti yang diaturkan.

"Saya sudah berlatih sebelum ini tetapi bila imam pegang tangan macam ada satu aura yang membuatkan saya lupa semuanya.

"Selama ini saya hanya lihat rakan Melayu nikah, sekarang ini bila tiba giliran sendiri baru saya tahu betapa gemuruhnya apabila tiba masa akad nikah," bicara Brian yang tidak kisah tentang bilangan cahaya mata yang bakal diperoleh kelak.