Inilah gambar majlis pertunangan Ashaf dengan Dayana semalam yang sempat ZoOm jumpa didalam akhbar online,niat dihati nak upload dan share dengan anda semalam tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Jika ada gambar terbaru ZoOM akan share dengan anda di "post" terbaru.
Dan untuk pengetahuan anda semua majlis ini bak kata penulis akhbar online tu, meriah seperti majlis perkahwinan sehinggakan 16 khemah dipasang untuk tetamu yang datang ke rumah pihak perempuan.
Majlis diadakan di rumah Dayana di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Memaparkan catatan dengan label Ashraff Muslim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ashraff Muslim. Papar semua catatan
April 24, 2011
September 08, 2009
(Celebrity News) Ashraff Muslim raya di Mekah !!

Ashraff Muslim sekarang sedang mengerjakan umrah dan ziarah di Mekah dan Madinah. Ashraff bukan sahaja boleh merasai nikmat berpuasa di tanah suci yang dipenuhi manusia dari seluruh dunia, malah dia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti di sana.
Ashraff akui sejak kecil lagi sudah menyimpan hasrat untuk ke Mekah. Kini apa yang diidamkannya sudah menjadi kenyataan."Alhamdulillah apabila ada rakan yang tahu saya ingin ke tanah suci, mereka turut memberi panduan kepada saya agar tidak menghadapai masalah semasa di sana," kata Ashraff kepada Mangga Online beberapa hari sebelum berangkat.Ashraff berangkat ke Madinah dahulu pada 6 September lalu. Setelah beberapa hari menziarah makam Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi dan tempat-tempat bersejarah di Madinah, Ashraff dan rombongan Andalusia Travel ke Mekah pula untuk mengerjakan umrah.
Langgan:
Catatan (Atom)
