Mac 11, 2012

Menguap Cara Islam

Sekadar Hiasan

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap.

Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka

adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan.

Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu.

Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
(Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya :

Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:

"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya,

kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka."
(Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap .

Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya:

Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin."
(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".

Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

Wallahu a'lam


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!