Mac 12, 2012

Kolej Kadazandusun Murut Sabah

Sekadar Hiasan

PENAMPANG — Kampus tetap Kolej Kadazandusun Murut atau Kolej KDM dijangka dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jun depan kata, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata, serentak dengan pelancaran itu Perdana Menteri juga akan melakukan upacara pecah tanah kampus tetap kolej berkenaan di Kaingaran, dalam daerah Tambunan.

Berucap pada majlis perasmian persidangan Tri-Tahunan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) di Dewan Hongkod Koisan di sini hari ini, Pairin yang juga presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, kabinet Sabah telah bersetuju ”membantu” menubuhkan kolej universiti berkenaan.

"Kita bersyukur kerana kerajaan telah meluluskan penubuhan kolej komuniti itu dan tapaknya sudah disediakan di Tambunan. Diharapkan kerajaan negeri atau persekutuan dapat menyediakan peruntukan untuk tujuan ini,” katanya.

Cadangan penubuhan kolej berkenaan dibuat oleh Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun dan Murut Sabah (PEKADIN).

— BERNAMA


ZOoM : Sekarang ini banyak kolej dan IPTS yang wujud di Malaysia, tetapi sana-sini sedang mencari kerja kerana penawaran (DD) melebihi permintaan (SS). Kalau kerja dengan Kerajaan gaji kecil pun tak apa sebab elaun dan lain-lain dan tinggi. Tapi bila dan di mana tidak dapat dipastikan kerana ZoOM tahu diluar sana ramai yang terpaksa berkerja dengan SWASTA....

Apa kata anda mengenai belajar dan berkerja ? Adakah anda ingin berkerja dulu, lepas tu kerja atau pun sebaliknya..

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!