Januari 28, 2012

Artis Malaysia : Peti Simpanan Gimnasium Sha`arin Dirompak

KL, 26 JAN 2012: Ada kalanya Murai Batu tak faham,bagaimana ada manusia yang sangat licik melakukan perbuatan terkutuk seperti mencuri atau memukul, walaupun di dalam situasi yang mana adanya ramai orang di sekeliling mereka.

Lebih menjadikan Murai Batu hairan lagi, apabila ada individu yang sanggup mengambil kesempatan di tempat-tempat yang langsung tidak dijangka dan kesannya telah menyebabkan orang lain menanggung kesusahan.

Pengalaman yang agak mengejutkan telah terjadi kepada suami pelakon cantik molek, Yasmin Hani iaitu Sha'arin baru-baru ini, apabila locker atau peti simpanan barang miliknya di salah sebuah gimnasium terkemuka di ibu negara telah digeledah oleh individu tidak dikenali.

Apa yang Murai Batu ingin ketengahkan di sini, bukanlah sekadar menyatakan perasaan simpati dengan nasib yang dialami Sha'arin, tetapi kecuaian pihak gimnasium dalam menjaga keselamatan serta kebajikan penggunanya.

Kalau tak silap Murai Batu, kejadian mencuri atau memecah peti simpanan orang lain di dalam gimnasium bukanlah perkara baru dan kerana itu jugalah ianya tetap terjadi walau 'mungkin' penguat kuasaan telah dibuat.

Murai Batu kurang faham, bagaimana kejadian curi di dalam gimnasium yang memiliki ramai pengunjung dan juga kakitangan tetap terjadi? Apatah lagi setiap peti simpanan yang berisi telahpun dinasihatkan dikunci dengan kunci pemilik masing-masing?

Di mana agaknya peranan sebenar pihak pengurusan gimnasium? Adakah mereka hanya bergoyang kaki atau menganggap kejadian curi ini sebagai sambil lewa saja?

Begitu jugalah situasi yang terjadi oleh Sha'arin apabila dia telah kehilangan dompet dan juga jam tangan istimewa pemberian Yasmin Hani. Khabarnya, jam tangan itu adalah hadiah hantaran sempena persandingan mereka tahun lalu.

Bagaimanapun daripada informasi yang Murai Batu dapat tahu, Sha'arin telahpun melaporkan kejadian itu kepada pihak polis agar tindakan selanjutnya dibuat.

Khabarnya juga, Yasmin yang turut berada di tempat kejadian kelihatan cukup tenang menangani situasi berkenaan kerana mereka sama sekali tidak menyangka dalam mereka sedang asyik bersenam, ada orang yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Apapun, nasihat Murai Batu kepada pengunjung gymnasium supaya bersikap hati-hati dan pilihlah kunci yang berkualiti tinggi, teguh dan uph, supaya pencuri licik di setiap bilik locker ibu negara tidak akan dapat menjalani aktiviti hina mereka dengan jayanya.

Mungkin juga, Murai Batu boleh berkongsi petua di sini, agar mengelakan daripada menggunakan locker yang sama setiap kali ke gimnasium bagi mengelakan si pencuri sedar.

Malah elakan juga daripada menyimpan barangan beharga serta wang ringgit yang banyak di dalam peti simpanan berkenaan.


Info : Murai

ZoOM : Iskkk Iskkk sape la yang berani nak mencuri tu, macam tau-tau je dalam tu ada banyak duit dan sudah tentu pakar yang mencurinya. Apa-apa pun semoga beliau akan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis