November 13, 2010

Hot News : Mamat Artis Yang Pakai Motor Curi Dan Positif Dadah !!

Jika sebelum ini hanya khabar berita artis kita kena tangkap kerana memakai motor curi dan ambil dadah, namun hari demi hari wartawan akhirnya berjaya mengetahui siapakah artis tersebut. Tapi ZoOm memang dah agak dah kalau dekat JB sure mamat ni, apalah nasib dan masalah dia sampai ambil benda haram tu...Jum baca cerita dan info dari laman web gua.



Tahun lepas, pada 11 November 2009, penyanyi Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali Mamat didakwa melarikan telefon bimbit jenama Nokia N75 dan jam tangan jenis Levi's dari rumah Noor Shazeel di Bishan, Singapura.

Pada 13 Januari tahun ini, Mamat, bekas penyanyi utama Kumpulan Exists dijatuhi hukuman denda S$1,000 sebuah mahkamah di Singapura selepas mengaku bersalah mencuri telefon bimbit dan jam tangan tersebut.

Hari ini, Selasa 9 November 2010, hampir setahun selepas peristiwa itu di seberang tambak, Mamat sekali lagi dicekup polis, kali ini oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Oh Ibu itu diberkas kira-kira jam 3 petang hari ini (Selasa) kerana memiliki barang curi iaitu sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 yang dilaporkan hilang pada 6 November lalu di Tampoi, Johor Bahru.

Tangkapan dibuat selepas polis menerima maklumat orang ramai dan Mamat ditahan di bawah blok Flat Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai, kira kira 30 kilometer dari bandaraya Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintenden Abdul Aziz Ahmad mengesahkan tangkapan itu ketika saya menghubungi beliau dari Balai Polis Kangkar Pulai.

"Ketika ditahan, suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine," kata Supt Aziz ketika dihubungi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A, Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi.

Difahamkan, pada siasatan awal, Mamat mengaku mencuri motosikal itu.

-GUA.COM.MY-