November 13, 2010

Konterversi : AC MIZAL & AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 DAN AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951.

Huh....tak habis satu..ada lagi bala yang datang kena dekat AC !! ZoOm Sekadar ingin berkongsi dengan anda pendapat daripada laman blog Bapak Gula-gula ni. Terpulanglah pada anda untuk menilainya..!!
Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan mengenai syarikat AC Mizal yang tiada lesen jualan la
ngsung. Read more Link Utusan Malaysia.
Hari ini dan semalam, saya bercakap dengan sumber sumber di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mendapatkan pengesahan mengenai status Lesen Jualan Langsung mengikut Akta Jualan Langsung 1993.
Di laman web AC Mizal, turut disiarkan mengenai pendaftaran syarikat iaitu dua sijil pemerbadanan:
1. AC Konsortium Sdn Bhd
2. Ilham Prestij Sdn Bhd

Sijil tengah adalah lesen jualan langsung namun ia diberikan kepada Ilham Prestij Sdn Bhd sebagaimana disahkan KPDNKK.
Hari ini juga, KPDNKK turut menerima aduan melalui email dari Jabatan Perdana Menteri yang mendakwa syarikat milik artis itu menjalankan perniagaan jualan langsung dan piramid tanpa lesen yang sah.
Difahamkan, semua perniagaan jualan langsung bagi AC Konsortium dijalankan melalui syarikat AC Konsortium Sdn Bhd dan bukan Ilham Prestij Sdn Bhd.
Akta Jualan Langsung 1993 secara jelas memperincikan, lesen jualan langsung tidak boleh dipindahmilik. Ditanya dakwaan bahawa Ilham Prestij itu adalah anak syarikat kepada AC Konsortium, ini jawapan beliau:
“Walaupun anak syarikat, operasi jualan langsung mesti dijalankan Ilham Prestij dan bukannya AC Konsortium Sdn Bhd dan ini jelas dalam akta yang diperuntukkan dan syarat syarat lesen,” katanya.
KPDNKK dikatakan akan memulakan siasatan segera terhadap aduan orang ramai termasuk aduan terbaru dari Jabatan Perdana Menteri mengenai aktiviti syarikat milik artis itu.
Kementerian yang sama akan turut meminta kerjasama agensi kerajaan lain seperti Lembaga Pengiklanan Perubatan, di mana garis panduan yang jelas sudah wujud mengenai penggunaan ‘testimonials’:
Garis panduan berikut adalah bagi memperjelaskan peruntukan Akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976:
5.5.3 Criteria for testimonials
(a) Testimonials are allowed for products registered under category ‘X’ with the Drug Control Authority.
(b) Testimonials should not:
i. Contain any statement(s) which is exaggerated by the improper use of superlatives.
ii. Contain any medical statement(s) which refers of implies that the use of the product may be used for the purpose of diagnosis, treatment or prevention of disease(s) or condition(s) of human beings.
iii. Contain any statement(s) that indicates or implies its effectiveness or superior quality and that good health is endangered because diets are not complemented with health supplements.

You may peruse the powerpoint file at this link.
Menurut sumber sumber KPDNKK lagi, jika siasatan mendapati Ilham Prestij Sdn Bhd membenarkan sijil jualan langsung digunakan oleh syarikat lain, antara tindakan yang bakal diambil termasuk pembatalan sijil berkenaan.
Bagi dakwaan melalui testimonial pula, KPDNKK dikatakan akan turut mengambil contoh gelang yang ditawarkan kepada orang ramai bagi mendapatkan pengesahan pakar dari agensi di bawah Kementerian Kesihatan sama ada ia selari dengan dakwaan melalui testimonial syarikat berkenaan.
Setakat ini, melalui siasatan awal, syarikat berkenaan dikatakan tidak mempunyai pengesahan pakar tetapi hanya bergantung kepada testimonial semata mata bagi penjualan produk gelang mereka.
Manakala, di laman web yang sama, di bawah tajuk Pinjaman Peribadi ACK / IDSB di sini, AC Konsortium turut menawarkan skim pinjaman wang, dan ia dikatakan bakal disiasat melalui Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.


ZoOm tunggu bro AC kita je jawap gossip ni...