Ogos 20, 2010

Juliana, Sam putus cinta

Juliana yang ditemui pada majlis pelancaran portal wap Skodeng Artis di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini tanpa berselindung memberitahu mereka sudah berpisah sejak tiga bulan lalu.

Ramai pihak termasuk media ingin mengetahui puncanya. Namun, Juliana enggan berkongsi lanjut.
“Semua orang ingin mengetahui puncanya tetapi saya hanya memberi jawapan kepada mereka yang rapat dengan saya. Sebagai artis, saya hanya selesa memberitahu sama ada saya sedang bercinta atau sudah berpisah.

“Tetapi kalau suruh saya bercerita lebih daripada itu seperti sebab perpisahan, saya tidak akan melakukannya. Apa yang berlaku itu amat peribadi untuk dikongsi bersama secara umum,” ujar Juliana.



Zoom: Nak buat macam mana..cari lain je la dik...Zoom pun ada heheheheh gurau je...:)