Inilah wajah terbaru Intan Sarafina selepas melahirkan bayi sulungnya iaitu Megat Evan Raez pada 25 Oktober 2009, penyanyi dan pelakon Intan Sarafina, 28, ‘senyap’ seketika daripada industri seni tempatan.Ikuti luahan beliau mengenai kariernya dalam industri seni ketika ini;
“Saya rasa semakin dilupakan dalam industri ini sebab itu kurang tawaran untuk persembahan dan tawaran berlakon langsung tiada. Mungkin kerana mereka ingat saya dah tak aktif atau berhenti terus. Tetapi saya rasa bagus juga sebab sekurang-kurangnya saya boleh menumpukan kepada anak.
“Sekarang ni anak semakin membesar dan boleh berjalan. Dia juga semakin lasak dan kadangkala membuatkan saya penat untuk melayan kerenahnya. Itu yang saya nampak lebih kurus sekarang,” katanya ketika ditemui di Menara Star.
Bercerita tentang Kaulah Syurgaku, Intan berkata lagu yang telah siap dirakam tersebut dicipta oleh komposer baru, Zainal dan diterbitkan oleh Intan sendiri.