Julai 28, 2010

Vanessa Carlton bangga jadi biseksual

PENYANYI yang popular dengan lagu A Thousand Miles, Vanessa Carlton, 29, membuat pengakuan berani bahawa dia merupakan seorang wanita biseksual dan berbangga dengannya.


Pengakuan itu dibuat di hadapan kira-kira 18,000 peminat semasa dia membuat persembahan sempena festival Nashville Pride di Amerika Syarikat baru-baru ini.


“Sebelum ini saya tidak pernah membuat pengakuan, tetapi saya mahu semua orang tahu bahawa saya bangga menjadi wanita biseksual,” katanya.


Penyanyi dan pemain piano itu sebelum ini pernah berpacaran dengan penyanyi kacak, John Mayer dan vokalis kumpulan Third Eye Blind, Stephan Jenkins.