Julai 26, 2010

Keluarga Achik Spin

Hari ini genap seratus hari Allahyarham Achik pergi meninggalkan kita, hari-hari yang berlalu sudah pasti akan meninggalkan kesan yang sedih terhadap isteri H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof atau Tasha dengan anak-anak.

Sedihnya Zoom baca statement si isteri ini ketika bercerita mengenai arwah...diantara bait-baitnya adalah:

"Walaupun sudah seratus hari namun bagi saya tiada apa yang berubah, saya masih rasakan dia ada, begitu juga anak-anak. Janjinya untuk membawa kami keluar masih lagi jelas tergiang di telinga saya.



"Begitu juga anak-anak yang masih menunggu ayahnya. Setiap hari Salfiah pasti akan bertanyakan tentang ayahnya, saya hanya tunjukkan video terakhir Arwah ketika di Gah 1 bagi pengubat rindu mereka," ujarnya yang tiga kali seminggu menziarahi pusara Arwah"

Saya redha dengan pemergian dia, tapi saya sedar saya terlalu bergantung kepada dia. Ketika dia masih hidup semua perkara dia nak buat. Termasuk kerja rumah dan jaga anak. Dia tidak boleh nampak saya susah pasti dia datang buat untuk saya.



"Perkara-perkara itu yang membuatkan saya sangat terasa kehilangan arwah sehingga sekarang. Semua sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dia saya masih simpan," ujarnya dengan nada yang sayu.


"Baju Achik saya sudah beri kepada adik beradik dan sanak saudara sebab sayang pula jika disimpan begitu. Cuma tinggal beberapa helai buat kenangan saya ketika merinduinya. Manakala barangan lain disimpan di rumah emak saya," katanya.



Saya teringat arwah apabila melihat Salihin, sebab mereka kawan baik. Apa yang Salihin suka terutamanya makanan sama dengan Achik. Selalu mereka akan keluar untuk kemana-mana berdua.



"Dia pernah datang rumah untuk melawat kami dan seperti biasa dia akan minta saya buat nasi goreng cili api tetapi saya tidak mampu untuk membuatnya kerana makanan itu juga makanan kegemaran Achik setiap pagi.