Julai 16, 2010

Danny Promosi Tuala Wanita Jenama She !!!

PETALING JAYA: Pelakon Danny,30, tidak malu untuk terlibat bagi mempromosikan tuala wanita jenama She dan menolak tanggapan kononnya dia terdesak melakukan pekerjaan itu bagi menampung sumber kewangannya.


Danny berkata, tindakan itu adalah sebahagian dari usahanya untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik kerana setiap pembelian tuala wanita itu akan disumbangkan kepada Majlis Kanser Malaysia (Makna).


“Saya tidak malu atau terdesak kerana ini adalah satu projek yang dilakukan dengan kerjasama Makna. Ia bukan hanya untuk wanita tetapi ia juga baik untuk golongan lelaki supaya mereka mengetahui cara penjagaan yang dilakukan wanita.


"Saya nak galakkan kaum lelaki supaya tidak malu untuk mengambil tahu tentang kepentingan tuala wanita sebab saya juga dilahirkan daripada rahim ibu saya," katanya ketika sidang media dan pelancaran tuala wanita She di Subang Jaya, Khamis.


Dengan pembelian setiap bungkus tuala wanita She, sebanyak 10 sen akan didermakan kepada Makna. Kempen ini sah dari 1 Julai hingga 30 September akan datang.
Selain Danny, dua lagi selebriti yang akan menjayakan siri jelajah untuk mempromosikan tuala wanita She adalah Haiza dan Lisdawati.


Zoom: Buat je Danny orang kat luar sana cemburu sebab awak jadi duta Tuala wanita...dah rezeki awak...terima je...!!