Jun 10, 2010

TV3 Nak Kurangkan Konterversi Dengan "Public"

PETALING JAYA: Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), akan membataskan elemen kontroversi untuk semua rancangan berbentuk hiburan sebagai menghormati tuntutan penonton.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata, sempena menyambut ulang tahun TV3 yang ke-26 pada 1 Jun lalu, stesen televisyen itu akan lebih mementingkan sensitiviti penonton dalam program-program hiburan mereka.
“Pihak kami akan melihat balik segala respons penonton apabila sesebuah rancangan hiburan yang memaparkan elemen kontroversi diterbitkan.
“Mana-mana perkara yang agak sensitif kita tidak akan siarkan kerana ia mungkin boleh menyebabkan penonton tidak menggemarinya,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Wanita Hari Ini (WHI) sempena ulang tahun stesen itu di sini, semalam.
Zoom: Baguslah kalau macam tu, kalau boleh program hiburan di TV lain pun ikutlah macam TV3 buat ni, kadang-kadang kesian juga tengok ada yang kena buka beg tangan untuk ditunjukkan kepada "Pubic".Nasib baiklah Program TERJAh dah ditamatkan beberapa bulan lalu.Kalau tak ramai je yang bercerita mengenai program tersebut.
Apa kata anda mengenai "Post" ini ?