Mei 16, 2010

Aleeza masih berstatus isteri


Setelah beberapa bulan menghadapi kemelut pasal status, akhirnya hari ini Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya memutuskan pasangan pelakon dan model popular Aleeza Kassim dan Mohd. Fauzi Che Ros masih suami isteri.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad dalam keputusannya menyatakan, lafaz cerai yang diucapkan oleh Fauzi pada pukul 9.00 malam 24 Januari lalu hanya berbentuk hasrat, tetapi tidak dilaksanakan


Fauzi memfailkan permohonan pengesahan lafaz `cerai' terhadap Aleeza Februari lalu di rumah mereka di Subang Jaya, Selangor dalam satu pertengkaran.
Fauzi, 45, dalam keterangannya kepada mahkamah sebelum ini memberitahu perbalahan pasal isu Aleeza, 39, tak mahu ikutnya balik kampung antara punca dia melafazkan perkataan 'cerai'.
Bagaimapun kata Fauzi perkataan `esok kita cerai' dilafaz tanpa bermaksud menceraikan pelakon itu sebaliknya kerana mahu mengajak Aleeza ke mahkamah pada hari mahkamah dibuka.

Info : Mangga Online
Zoom: Marilah kita sama-sama berdoa semoga pasangan ini dapat bersatu kembali, semoga kisah hitam mereka ini akan menjadi pengajaran bagi mereka dan anda di luar sana..!! Apa kata anda di Zoomartis !/