April 01, 2010

Rancangan Terjah direhatkan bukan di berhentikan !!

Nampaknya gossip panas yang sebelum ini mengatakan rancangan TERJAH dan MELODY sudah terjawap akhirnya.Dengan adanya "Statement" terbaru di dada akhbar utama telah menamatkan desas desus yang bertiup kencang sejak akhir-akhir ini.

Ikuti luahan orang kuat program TERJAH ini ;-

Nas mengaku program itu telah berakhir pada Isnin lalu setelah menyelesaikan 13 episod penyiarannya di TV3.


"Memang Terjah telah berakhir pada Isnin lalu kerana telah cukup satu musim. Selepas ini, saya tidak boleh pastikan lagi sama ada ia akan disambung atau tidak.

"Kebetulan TV3 mempunyai slot lain untuk digantikan dengan program Terjah. Nak cari slot lain pun dah penuh.

"Jadi, kita ambil masa sekarang ini untuk berehat sementara bagi mengkaji semula mana yang 'ok' atau tidak," kata Nas

Zoom: Apa kata anda ?