The Pacific mengetengahkan kisah tiga orang tentera dari perspektif yang berbeza berdasarkan pengalaman mereka dari Disember 1941 sehingga 1946 ketika perang meletus.
"Kisah mereka juga ditampilkan sebelum, semasa dan selepas peperangan serta bagaimana pergolakan emosi yang mencengkam jiwa masing-masing pada ketiga-tiga situasi ini.
"Persoalannya bukan bagaimana mereka sanggup melakukannya tetapi mengapa mereka berbuat demikian.
"Kami enggan sekadar menceritakan apa yang berlaku sebaliknya cuba menonjolkan kesan-kesan tersembunyi hasil daripada peperangan yang berlaku," jelas Hanks dalam satu temu bual sewaktu tayangan perdana The Pacific di Los Angelas, AS, baru-baru ini.
The Pacific yang diarahkan oleh enam orang pengarah itu menampilkan tiga pelakon utama iaitu James Badge Dale yang memegang watak sebagai Robert Leckie, Jon Seda (John Basilone) dan Joseph Mazzello (Eugene Sledge).
Kesemua 10 episod siri mini itu diadaptasi daripada buku dan memoir yang dihasilkan oleh ketiga-tiga askar tersebut berdasarkan pengalaman masing-masing.