April 04, 2010

Maizawati dan bakal suami tangguh perkahwinan kali ke 2

Ini kali ke 2 Maizawati dan bakal suami menangguhkan perkahwinan mereka, berita terbaru dari surat khabar Metro hari ini, perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan kerana keadaan ibu bakal suami yang masih sakit.


Majlis yang sepatutnya berlangsung Mei ini terpaksa di tangguh ke tahun hadapan, dan si bakal suami selepas sahaja mengumumkan ingin berkahwin juga bercerita halangan dan cemuhan masyarakat sekeliling apabila beliau berhasrat memilih Maizawati sebagai Isteri.


Bakal Suami bercerita pada mulanya beliau tidak tahu status Maizawati dan hanya berkenalan sebagai pelanggan,beliau yang kini bertugas sebagai Chef tetap meneruskan niat ikhlas ingin berkahwin dengan Maizawati.


Semoga niat suci dan ikhlas beliau akan dibalas dengan keberkatan..


APa kata anda ?