April 04, 2010

Agnes Monica cari calon suami lagi !!

SELEPAS digosipkan dengan jejaka dari Jepun, nama penyanyi popular dari seberang, Agnes Monica dikaitkan pula dengan pelakon Rezky Aditya, 24, sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun sampai saat ini, Agnes atau nama sebenarnya, Agnes Monica Muljoto, 23, akui dia masih belum mempunyai teman istimewa untuk mengisi kekosongan hatinya.

"Saya akui memang banyak gosip mengenai saya dipaparkan di akhbar. Contohnya, hubungan saya dengan jejaka dari Jepun itu. Itu cerita lama yang tidak perlu diungkit lagi. Saya juga lebih suka menyimpan kisah peribadi untuk diri sendiri dan bukan untuk pengetahuan peminat.

"Saya juga mempunyai alasan kukuh untuk tidak berkongsi kisah peribadi dengan peminat. Biarlah peminat fokus pada pencapaian saya dalam bidang seni saja," katanya.

Secara peribadi, kata Agnes yang menempa populariti menerusi lagu Matahariku dan Tak Ada Logika, dia lebih suka memilih lelaki biasa sebagai kekasih hatinya.

"Saya mencari lelaki yang boleh menjadi ketua dalam rumah tangga yang bakal dibina nanti.
"Dia perlu mempunyai kerjaya yang lebih stabil. Seperti mana yang kita tahu, lelaki yang terbabit dalam industri hiburan, pendapatannya tidak stabil.

Zoom: Kalau tak ada calon..pilihlah daku...hehehehhe...atau anda...Apa kata anda di Zoomartis !?