Mac 26, 2010

Sari Yanti tolak tawaran lakonan kerana hamil

Ceritanya dibawah :-




Baru-baru ini terserempak dengan Sari ketika dia sedang membeli makanan di kafe Sri Pentas. Lantas. Kata Sari, memang sekarang ini dia sudah tinggalkan dunia lakonan. Sebaliknya dia memilih untuk melakukan tugas pengacaraan. Eh! Kenapa pula jadi begini? Rupa-rupanya Sari tolak semua tawaran berlakon kerana sekarang ini dia sedang hamil lima bulan.

“Saya tolak semua tawaran berlakon kerana pada peringat awal kehamilan, saya mengalami alahan yang sangat teruk. Setiap pagi saya akan muntah dan pening sehingga tidak boleh lakukan sebarang kerja. Sebab itulah saya ambil keputusan untuk tidak berlakon buat masa ini. Saya bimbang tidak boleh bagi komitmen sepenuhnya sehingga boleh menyusahkan mana-mana pihak. Kali terakhir saya terlibat dengan penggambaran drama ialah pada November tahun lalu untuk ‘Kisah Kaisara’ musim ketiga,” ujar Sari sambil tersenyum.

Tugas pengacaraan tidak memenatkan ke? “Saya hanya buat untuk ‘Chopp!!’ Mengacarakan ‘Chopp!!’ tidak memenatkan saya kerana masa penggambaran tidak panjang. Dalam seminggu saya hanya perlu datang sekali atau dua sahaja untuk rakaman. Jadi, saya tidak rasa terbeban,” jelas Sari lagi.

Jadi, jangan salah sangka. Sari tidak pernah bercadang hendak meninggalkan dunia lakonan dalam waktu terdekat ini kerana suaminya, Mohd Eddy Casmady tidak pernah menghalang.