Mac 31, 2010

Malek Noor dapat Datuk (DIMP)

Alhamdulillah rezeki Malek Noor, berkat usaha dan kerja keras beliau sebelum ini dibalas dengan rezeki yang datang semalam.Berikut "Statement" di utusan...Zoom mewakili pembaca dan admin Zoomartis mengucapkan tahniah kepada Datuk Malek Noor, Ella dan Ameng Spring..


PEKAN 30 Mac - Jaguh bina badan, Datuk Abdul Malek Noor menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada istiadat penganugerahan pingat dan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-79 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Dua penyanyi pula iaitu Nor Zila Aminuddin atau Ella dan Wan Aminuddin Wan Ismail atau Ameng Spring menerima darjah Setia Mahkota Pahang (SMP). - Utusan