Mac 20, 2010

Konsert M.Nasir dibatalkan !!

Kisah tunda hari konsert Abang M.Nasir kita sampai kepenghujungnya kerana konsert "Satu WajaM.Nasir di batalkan.Tentu Sifu M.Nasir dan orang-orang yang berkaitan kecewa dengan apa yang berlaku.

Konsert Satu Wajah M. Nasir telah dibatalkan di atas sebab-sebab tertentu. Konsert yang sepatutnya berlangsung di Stadium Negara pada 25 Julai 2009 pada mulanya ditangguhkan ke suatu tarikh lain. Namun nampaknya peminat terpaksa akur dengan keputusan pihak pengurusan M. Nasir yang memutuskan untuk membatalkannya.

Sehubungan itu, bagi peminat yang telah membeli tiket konsert dinasihatkan menghubungi pihak penganjur untuk mendapatkan semula wang mereka. Segala pertanyaan boleh diajukan menerusi talian 03-8076 9872 / 73.