Mac 27, 2010

Gossip Cinta Siber Zul Huzaimy menjadi Top Hit di Internet atau Facebook

Setiap hari Zoom ada je cerita mengenai Zul Huzaimy, samada di internet mahupun di dalam akhbar-akhbar di Malaysia khasnya.

Zoom sekadar ingin berkongsi dengan pembaca di Zoomartis,mengenai desas-desus atau gossip-gossip liar yang sebelum ini pernah kedengaran akhirnya heboh seMalaysia.

Satu persatu kisah dan prilaku Zul Huzaimy diperketengahkan oleh penulis di akhbar ataupunn laman forum dan laman gossip.

Contohnya : di akhbar kosmo online ni mengaitkan Zul dan seorang gadis di Facebook



Pihak Kosmo! pula cuba menjejaki Dalilah atau Dila melalui Facebook dan dia tidak keberatan untuk memberi kerjasama dengan memberi penjelasan sebenar. Cuma, Dila sedikit takut jika kenyataannya boleh menimbulkan suasana tegang.
Apalagi dengan beberapa kejadian yang telah berlaku sehingga membuatkan wanita yang memiliki seorang anak lelaki bersama Zul, Awal Haziq itu membuat laporan polis untuk keselamatannya serta keluarga.
Malahan sudah ada laporan polis dibuat tetapi ditarik balik tanpa diketahui sebabnya.Zoom doakan semoga keluarga Zul  dapat diselamatkan.

Apa kata anda di Zoomartis ?