Mac 19, 2010

Benjy ditahan reman sehingga 25 mac ini

Kesian tengok mak Benjy semasa di temuramah oleh wartawn Melodi baru-baru ini, naluri seorang ibu mengatakan si anak tidak terbabit membuatkan Zoom teringat akan mak zoom.

Apakah yang menyebabkan Benjy terbabit dalam kes jenayah dan membabitkan hukuman mati ini masih menjadi tanda tanya.Dan adakah betul Benjy terbabit sering dipersoalkan oleh penulis dan pembaca di laman blog di Malaysia.

“Benjy akan ditahan reman sehingga 25 Mac ini setelah perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Rendah Bakri Ali Omar,” kata beliau ringkas kepada mStar Online semalam.


Pelakon berusia awal 30-an itu ditahan pada 12 Mac lepas bersama rakan wanitanya berusia lingkungan 20an dalam satu serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Segambut.

Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain bernilai RM650,000 dan 140 gram syabu bernilai RM2,000 di kondominium tersebut.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
 
Zoom: Sama-sama lah kita tunggu kisah dan konterversi Benjy yang hangat di carian google dan yahoo ketika ini.Apa kata anda ?