Jejaka kacak Nicholas Saputra atau lebih mesra dipanggil Nico kini beralih dari seorang pelakon dan cuba nasib sebagai pengarah. Pengarahan pertamanya adalah untuk video klip Kumpulan Alexa.
Menurut Alexa, bekerjasama dengan Nico merupakan perkara yang luar biasa.
"Luar biasa! Nico sangat pantas ketika membuat kerja. Walaupun baru sahaja selesai penggambaran saya sudah dapat jangkakan video klip ini bakal menjadi bagus," ujar salah seorang anggota kumpulan Alexa.
Nico juga bertanggungjawab mengarahkan single 'Sampai Nanti'. Namun begitu bukan Nico sahaja, malah dua pengarah lain, iaitu Paquita Wijaya dan Lance juga membantu dalam penggarapan klip tersebut.
"Penggarapan video klip baru ini sangat menakjubkan. Apalagi Nico turut terlibat, kami sama umur dan teman sepermainan. Kerjanya mereka sangat profesional," jelas anggota kumpulan tersebut yang bernama Satrio.