Februari 20, 2010

(Gossip) Lisa Suhani berpisah dengan buah hatinya !!!


Kesian kat Lisa Surihani dah jadi "single" lagi yer, tak aper kat luar sana ada ramai lagi jantan-jantan hendsome dan macho  setia menanti dan mengisi kekosongan hati Lisa tu.Berita atau gossip Zoom baca di akhbar hari ini,kalau nak tau kisah seterusnya dekat bawah ini Zoom Copy N Paste untuk bacaan anda di ZoomArtis..

Berita hari ini telah mengatakan dan menyiarkan yang Lisa Surihani sudah kembali berseorangan dalam hidup percintaannya. Lisa Surihani juga dikatakan sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan seorang juruterbang tempatan yang cukup ganteng dan mempunyai ciri-ciri idaman wanita yang pentingkan paras wajah. 


Hubungan cinta mereka yang pada mulanya dianggap berjaya dengan merahsiakan dari pengetahuan umum dan media, namun keluarga dan rakan terdekat sahaja yang mengetahui hubungan merpati dua sejoli berkenaan. Pun begitulah keadaannya, Lisa tetap menafikan dengan tegas pernah mempunyai pacar dari kalangan pilot.