Februari 20, 2010

(Berita) Facebook PM DS Najib Tun Razak lebih 100,000 !!!

Huh 100,000 ++ Fan dalam masa beberapa bulan sahaja,dan berkemungkinan akan mencapai 1 Juta Fan dalam masa setahun.Itu pengiraan Zoom jika semakin ramai yang mengetahui kepentingan Facebook DS Najib Tun Razak yakni PM kita.Semoga dengan adanya perhubungan ini akan memudahkan rakyat berkongsi pendapat dengan Selebriti No 1 Negara ini..

Anda sudah menjadi FAN? Tepuk dada tanyalah Minda....!!Apa-apa pun mari kita baca "statement" di akhbar online mengenai kisah ini...!!


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dan terharu dengan sambutan rakyat terhadap laman sosial 'Facebook'nya dengan peminat berdaftar meningkat lebih 100,000 orang hari ini.
Sejak diperkenalkan November tahun lepas, bilangan peminat kini mencecah 101,237 orang termasuk warga asing.
"Saya gembira dan terharu dengan respon yang ditunjukkan oleh peminat menerusi pesanan yang dtinggalkan dalam laman sosial ini," kata Najib dalam 'Facebook' yang dikemaskinikan pada pukul 4 petang ini.
Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya kerana membantu menjayakan laman sosialnya serta mengadakan forum untuk berbincang.
"Biar kita teruskan trend peningkatkan lajakan ini," katanya.
Sejam kemudian, beliau menerima lebih 200 komen daripada peminatnya, antara lain memberi jaminan sokongan terhadap kepimpinannya dan berharap beliau sentiasa berada di landasan betul untuk membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara. - BERNAMA