Februari 05, 2010

(Artis Indonesi) KD jadi gemuk lepas cerai dengan Anang

Diva pop Krisdayanti kini tampak lebih gemuk selepas bercerai dengan bekas suaminya Anang Hermansyah.

Perubahan tubuh yang dialami oleh KD ini ketara setelah dirinya berpisah dengan bekas suaminya Anang. Apalagi, ketika ini dia dikatakan sudah bernikah dengan jutawan asal Timor Leste, Rahul Lemos.



Baca Selanjutnya

"Sekarang saya sendiri. Bersukan juga tidak pernah, apalagi saya tidak amalkan ubat diet. Umur juga sudah tua. Tidak seperti umur 20 tahun. Saya juga lebih cenderung mengalami kekurangan air dalam badan dan pening kepala.

"Sekarang saya sedang menanti seorang pelatih peribadi untuk mengajar cara-cara bersenam yang betul,"
kata KD
"Ya memang saya kelihatannya senang. Saya lagi sedang menikmati hidup yang gembira. Saya malas untuk berfikir tentang masalah kerja. Yang penting cukup ada orang yang ambil berat tentang saya,'"
ujarnya.

Zoom: Bila la badan Zoom ni nak berisi, mungkin tahun ini kot..Orang putus cinta badan mereka kebanyakan akan turun..Tapi lain pula dengan KD ni, Apa kata anda !!!? Hati senang la katakan...