Januari 03, 2010
(Gossip) Maiza sudah mempunyai bakal suami dari Sabah !!!
Selebriti Maizawati Zainal pastinya sarat dengan perancangan perkahwinan memandangkan ibu kepada enam orang anak ini dijangka akan menamatkan zaman bujangnya pada Februari ini.
Selepas rumah tangga yang dibina dengan penyanyi dan penceramah Akhil Hayy ‘runtuh’ pada 15 Julai 2009, wanita yang dikenali dengan panggilan Maiza ini akui kini sudah mempunyai calon yang berjaya mencuri hatinya.
Maiza hanya memikirkan perkahwinan yang mendatang ini sebagai salah satu kebaikan untuk masa depan anak-anaknya. Apabila ditanya tentang gerangan lelaki itu, Maiza berkata cukuplah sekadar memberitahu bakal suaminya itu merupakan orang Sabah.
Baca Selanjutnya
“Seperti yang dirancang, saya akan membuat majlis nikah dan bersanding tetapi setakat ini persiapan dilakukan secara ala kadar mengikut hukum,” ujarnya.
Maiza berkata setakat ini, sudah ada beberapa pihak yang ingin menaja majlis perkahwinannya. Namun, dia tidak menolak jika ada mana-mana pihak yang ingin menaja perkahwinannya nanti. Ditanya mengenai bagaimana cintanya dengan jejaka itu bertaut, Maiza dalam nada ceria memberitahu semuanya berlaku dalam masa yang pantas.
“Hati saya sudah dicuri... mungkin dia paling memahami saya dan mempunyai persamaan dalam beberapa perkara dengan saya. Saya baru mengenalinya selepas penceraian lalu. Kebetulan waktu itu saya selalu berulang-alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur untuk berurusan dengan peguam,” ujarnya.
Maiza mengaku ikutkan dia sudah ‘membujang’ sejak setahun lalu, lantas merasa tidak terlalu cepat mempunyai ‘pengganti’ selepas beberapa bulan habis edah.