Januari 04, 2010

(Cerita Artis) Tahniah Ako Mustapha dah menjadi bapa


Ini berita terbaru yang zoom dapat dari MyMetro, tak YAH pg page Metro bawah ni Zoom dah copy paste just baca je, apa pun tahniah kepada Ako kerana menjadi Bapa, semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menambah rezeki Ako..!! Nak tau nama anak Ako ClicK bawah !!



Baca Selanjutnya

MALAM kelmarin, pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo yang juga rakan baik pelakon, Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 37, menyampaikan berita gembira kepada rakan SS mengenai pelakon itu dan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah, 29, apabila baru saja dikurniakan anak perempuan tanggal 31 Disember lalu. Pasangan ini selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Batu 4, Sandakan,Sabah, 17 Januari lalu.

Syukur kepada Allah kerana isteri Ako, Kartina selamat melahirkan bayi perempuan comel yang dinamakan Merissa Tempawan di Tropicana Medical Center.

Kata Calvin menerusi SMS yang dikirim kepada rakan SS, ibu dan bayi juga sihat dan kini masih berpantang di rumah. Semoga kehadiran Merissa terus mengukuhkan kebahagiaan rumah tangga Ako dan isteri tercinta.

Kata Calvin lagi, nama Tempawan itu dipilih sempena nama ibu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seperti yang kita tahu Ako adalah cucu kepada kakak sulung Dr Mahathir, Allahyarham Rafeah.

Bagaimanapun, buat masa ini, kata Calvin, Ako dan Kartina belum bersedia menayangkan wajah anak mereka kepada pihak media.

Info: Mymetro