Disember 28, 2009

(Gossip) Zarina An Julie Memohon Maaf kepada "Public"


Sudah sekian lama kisah Zarina An di perkatakan oleh Media mahupun masyarakat disekelilingnya. Setiap mata yang memandang pasti akan terfikir gambar dan aksi lucah dan perangaimya yang membuatkan semua orang memandang serong dengan apa yang dibuat.Jum kita ZoOm luahan anak gadis yang penuh dengan konterversi ini.



Baca Selanjutnya

Cukup-cukuplah orang nak bercerita mengenai kisah lama. Semua orang melakukan kesilapan dan saya juga berbuat demikian. Tapi mengapa masih lagi tiada ruang kemaafan?

Sudah dua tahun kisah hitam itu berlaku tetapi mengapa mesti diungkit kembali cerita tersebut? Kalau boleh saya mahu melupakan apa yang telah terjadi tapi kalau orang asyik nak bercakap perkara yang sama sampai bila pun tak akan habis. Kalau nak cakap pasal kesal memang saya kesal dengan apa yang telah terjadi. Tapi apa yang saya kesalkan kenapa tiada ruang kemaafan? Kalau macam itu sampai bila-bilapun saya tak akan ke mana-mana," jelas gadis yang berusia 23 tahun ini.