Akhirnya anak yusof haslam ini berterus terang yang dia sudah mempunyai seseorang yang istemewa dalam hidupnya selepas gossip panas perpisahannya dengan Diana. Percintaan yang dibina bersama Diana dulu putus di tengah jalan dengan kesudahan yang penuh konterversi. Apa-apa pun jum kita ZoOm kisah si anak muda ini dengan teman barunya..
Baca Selanjutnya
Namun, setelah dipujuk beberapa kali, anak bujang kepada jutawan filem Datuk Yusof Haslam ini, mula membuka mulut. Menurut Syamsul, dia kini sedang berkawan dengan seseorang.
"Kalau boleh, saya tidak mahu buka mulut lagi tentang perkara peribadi. Saya tidak mahu isu sebegini mengganggu privasi dan karier saya. Namun, saya akur dan menghormati tugas media.
"Memang saya akui hati saya kini dimiliki oleh seorang gadis. Kami sedang menyelami hati budi masing-masing dan setakat ini, kami serasi bersama," ujar Syamsul ringkas.Menariknya, seseorang yang dimaksudkan itu telah pun dikenalinya sejak lima tahun yang lalu. Gadis itu telah menjadi sebahagian daripada kumpulan rakan-rakannya sebelum dia berpacaran dengan Diana Danielle lagi.
Bagi Syamsul, pengajaran daripada kisah 'hitam' yang pernah dilaluinya sebelum ini membuatnya lebih berhati-hati dalam membicarakan soal cinta.
"Saya selesa berkawan dengannya. Mungkin, kerana dia memahami dan menghormati diri saya dan dari situlah perasaan sayang itu makin menebal. Dia seorang gadis biasa dan bukannya daripada golongan artis.
"Apa yang boleh saya katakan, saya selesa berkawan dengannya. Kali ini, saya tidak mahu memikirkan terlalu serius tentang hala tuju hubungan kami. Tapi itu bukan bermakna, saya seorang playboy dan ingin mempermainkan hati perempuan.
"Cuma ketaksuban saya terhadap hubungan sebelum ini telah banyak mengajar saya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kini, saya selesa berkawan dan bahagia dengan keadaan sekarang.
"Dia seorang yang rasional, tenang dan bijak. Contohnya, apabila saya sedang marah, dia akan mendiamkan diri sehingga saya reda dan begitulah sebaliknya. Keserasian ini yang membuatkan saya semakin selesa dengannya.
"Saya ikhlas berkawan dengannya cuma kami tidak mahu terlalu serius dan taksub. Saya lebih selesa jika hubungan ini berlaku secara semulajadi. Seandainya ada jodoh, saya terima seadanya," katanya.
Zoom: Semoga anda berbahagia bersama teman baru, semoga percintaan yang dibina berakhir ke jinjang pelamin yang indah.. Apa kata anda ?