Disember 24, 2009

(Cerita Artis) Aida juara Gadis Melayu Musim Pertama Bertunang


Hari demi hari berlalu dengan 1001 masalah yang berlaku kepada artis di dunia khasnya di Malaysia sendiri. Kisah perkahwinan dan penceraian menjadi lumrah kepada mana-mana artis yang tidak dapat bertahan hingga ke akhir hayat mereka. Janji-janji manis hanya tinggal kenangan ketika benih-benih yang masih mekar. namun ada juga artis yang merintis segala kemungkinan yang akan berlaku dengan mencari teman mengadu, ini termasuklah Juara musim pertama Gadis Melayu ini.



Baca Selanjutnya

Walaupun usia percintaan mereka tak lebih setahun, namun itu sudah cukup buat juara Gadis Melayu musim pertama, Khairul Noormaidah Zali, mesra disapa Aida, mengikat tali pertunangan dengan Saiful Nizam Ismail, penyampai berita TV3. Majlis telah berlangsung semalam di rumah keluarga Aida di Bandar Country Homes, Rawang. Aida menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang buat pihak lelaki. Mengikut perancangan, majlis pernikahan akan diadakan sebelum Ramadhan tahun depan.

Semoga pertunangan anda berdua berakhir ke jinjang pelamin..Apa kata anda ?